sudah potong :)

Tajuk lain mcm jer kan :P

“Sudah potong” di atas bukanlah nak promote P1 atau bertanya sudah potong ke belum hehe

Sblm nie aku pernah buat satu post psl kebaikkan & keburukkan mengunakan kredit kad <<sini>>

Aku juga ada perancangan untuk membatalkan kredit kad yg digunapakai selama nie.

Alhamdulillah, walaupun lari dari target. (Target asal 4-5 bulan saja nak settle sume hutang & terminate kredit kad). Selepas setahun, aku dpt langsaikan sume hutang kredit kad :)

Buat kengkawan yang ada plan nak pakai kredit kad, aku nasihatkan JANGANlah apply kredit kad jikalau takde keperluan. Walaupun ada kebaikkan, tapi masih terlalu banyak keburukan yang aku nampak sepanjang aku ada kredit kad.

p/s: Next target: Nak settlekan personal loan & loan moto :)

This slideshow requires JavaScript.

Jalan² di Taman Tasik Titiwangsa

21 Januari 2012.

Minggu nie seluruh warga Malaysia akan bercuti selama 4 hari bagi menyambut Tahun Baru Cina :D

Cuti panjang nie aku tak ke mana². Dlm perancangan, hanya sekadar begilir tidur di rumah mak & kemudian di rumah mertua aku.

Sabtu lepas aku sekeluarga bersama kawan aku pergi ke Taman Tasik Titiwangsa. Saja bawak Rosyadah berjalan-jalan di sana. Sambil² tu, boleh jugak Rosyadah naik kereta remote control dia tu :)

Kawan aku pun nak ikut sbb nak bawak wife dia yg sudah 8 bulan pregnant berjalan-jalan. Insyaallah, hujung bulan febuari 2012, wife dia akan deliver :) Rosyadah akan dpt kawan la tak lama lagi hehe.

Tak perlu aku menaip bnyk sgt kat sini. Tgk jer lah gambo² yg diambil semasa di sana :D

This slideshow requires JavaScript.

teh o suam satu kak!!

hahahahahahahahaha….nak gelak jap…..hahahahahahahahaha **tarik nafas…..hembus….tarik nafas dalam2……hembus….

Okeh2, baru boleh cerita.

Minggu nie aku ada training selama 5 hari di Cisco Malaysia di kl sentral. Ada kelas & lab utk 5 hari nie.

Kebiasaanyer lepas lab, kami diberi rehat selama 15minit. So, ptg tadi aku lepak sekejap di kedai mkn di bawah banggunan kl sentral.

Seperti biasa, aku akan order teh o utk minum ptg.

“teh o suam satu kak!”, kata aku kat kakak kedai mkn tu.
“ok!”, itu saja jawab kakak tadi.

Setelah 5 minit menunggu, dtg lah kakak tadi membawa sekotak rokok winston…..
Aku terkedu……

“errr…kak, saya order teh O. Bkn rokok”
“eh, yeke. Hahahahahahaha, sorry2″, kuat nyer akak nie gelak.

Aduhhh…mcmana akak nie boleh dgr aku order rokok.

Jatuh Longkang :(

Kejadian nie berlaku 2 bulan lepas. Tghari tadi, semasa aku jalan kaki nak ke kedai mkn, hampir² sekali lagi aku terjatuh dlm longkang. Mujur tak jatuh. Tak sanggup nak duduk jer dlm rumah.

.

2 bulan lepas……….

.

Aku ingat lagi, masa tu aku, imee, mak adik aku yg bongsu dlm perjalanan balik dari kampung. Selepas 3 jam memandu, aku berhenti sebentar di RnR utk makan & minum. Jam waktu tu pukul 8.30 mlm.

Jarak tmpt parking ke kedai mkn tak brp jauh. Ada dlm 50meter. Keadaan masa tu sgt suram. Lampu jalan cuma ada di tmpt parking. Manakala sepanjang jln ke tmpt mkn, takde lampu jalan sehingga lah ke tapak mainan kanak².

Selepas meletak kerata, mak & adik aku jalan dulu ke kedai mkn. Aku & imee menyusur kemudian.

Sambil berjalan, aku & imee bersembang-sembang. Ketika tu, imee mendukung Rosyadah. Sambil berjalan, aku pesan pada imee “Jalan tu hati-hati yer yang. Jalan gelap”

Ngam² lepas aku pesan kat imee, kaki kanan aku terperosok masuk dlm longkang. Sakit masa tu, susah aku nak gambarkan. Yang pasti, mmg tersangat sakit.

Mujur mak & adik aku nampak yg aku terjatuh. Imee cuba menolong, tapi dgn Rosyadah kat sebelah tgn, agak susah imee nak menolong.

Lepas keluarkan kaki dari dalam longkang, aku cuba berdiri. Aku langsung tak boleh berdiri. Nak pijak tanah pun tak boleh. Sakit yg teramat sgt. Jadi, adik aku papah aku dari rmpr aku jatuh, ke meja dalam kawasan kedai mkn.

Elok sampai kat meja, aku pun pitam sebentar sbb menahan sakit yg teramat sgt. Masa tu aku pakai seluar jeans…klau dilihat dari luar, mcm takde apa² yg berlaku. Cuma kotor sedikit di kawasan kaki seluar.

Lebih kurang 5 minit aku pitam. Selepas aku sedar, aku pun menyinsing kaki seluar untuk lihat luka. Hasilnyer….

 

Lepas papah aku, adik aku bergegas ke kereta untuk amik first-aid kit. Mujur juga dalam kereta ada first-aid kit. Boleh jugak guna time² macam nie.

Mujur jugaklah yang adik aku pernah bekerja di sebuah klinik sebelum nie. Jadi ada jugak kemahiran dia membersih luka & membalut bandage kat kaki aku.

Tanpa makan & minum, kami bergerak semula ke kereta. Imee terpaksa memapah aku dari kedai mkn ke kereta. Rosyadah pulak, mak aku yg dukung.

Aku pergi ke Hospital Sungai Buloh utk mendapatkan rawatan susulan. Selepas diperiksa & x-ray, tiada tulang yang patah. Cuma bengkak yg melampau & luka di kaki harus dicuci dan dijahit untuk mengelak jangkitan.

Ajaibnyer, masa cuci & jahit luka, aku tak rasa apa². Tapi ngilu jugak bila nampak lepas cuci luka & nampak berapa dalamnyer luka kau tu. Dalam luka bila masukkan jari, separuh dari jari telunjuk muat.

Lepas luka dijahit, aku pergi semula berjumpa doktor dan mendapat 4 hari MC.

p/s: 4 hari juga aku duduk di rumah. Nak berjalan tak boleh……tapi aku jalan jugak. Smpi imee membebel tgk aku start moto hahahha

ko tak letih ke?

“Ko tak letih ke?”

Itulah reaksi atau soalan spontan yg selalunyer keluar dari siapa-siapa yang bertanya pada aku tentang jarak perjalanan aku setiap hari.

Sebelum nie, semasa aku masih bekerja di Cyberjaya, aku akan amik masa selama 1 jam utk sampai ke opis dari rumah aku di Taman Melawati. Sekarang, walaupun aku sudah berpindah kerja di Cheras, aku masih lagi mengambil masa 1 jam jugak utk smpi ke opis.

Macam tak logik kan dari Taman Melawati ke Cheras akan amik masa 1 jam, sedangkan jarak perjalanan cuma 15KM saja.

.

Sebenarnyer, walaupun aku sudah bekerja di Cheras skrg nie, aku masih lagi menghantar wife aku ke makmal tmpt dia membuat research di UPM Serdang. Selepas menghantar wife, barulah aku berpatah balik semula ke Cheras.

Kiranyer perjalanan aku:

 

(Pagi) Taman Melawati -> UPM, Serdang -> Cheras

(Ptg) Cheras -> UPM -> Taman Melawati

 

Sudah lama aku hantar & jemput wife aku. Sejak dari kami masih lagi berkawan. Sbbnyer, dulu aku bekerja di Hospital Serdang, manakala wife aku pulak bekerja di Pusat Halal, UPM. Kebetulan pula rumah kami berdua dekat saja di Taman Melawati.

Bila sudah selalu hantar & jemput, aku dah terbiasa dan mmg dah jadi rutin harian aku. Disebabkan tu jugak aku prefer menunggang motor dari memandu kereta.

Tapi bukanlah setiap hari aku dapat hantar & jemput wife aku. Ada juga hari-hari dimana aku kene pergi ke tempat client atau outstation. Masa-masa mcm tu, wife aku terpaksa drive sendiri ke makmal tmpt dia bekerja.

Tak pernah sekalu aku rasa menghantar & menjemput wife aku adalah perkara yang memenatkan. Kerana mmg tanggungjawab aku untuk menyediakan transport untuk wife aku. Walaupun ada jugak bebudak opis yang tak bersetuju dgn pendapat aku. Terpulang pada masing-masing untuk menilai. Tepuk dada, tanyer iman ;)

 

p/s: Setiap pagi aku hantar Rosyadah ke nursery naik moto. Seronok Rosyadah bila naik moto :) kecuali bila hujan jer aku akan hantar naik kereta.

2012 is here :D

Yeayyyyy!!! :D

Post pertama aku untuk 2012 nie :D . Bila cerita pasal tahun baru, mesti orang akan tanyer psl azam.

apa azam aku? …..ntah :p hehe

Seperti tahun2 sebelum nie, aku tak pernah tetapkan apa azam. Cukuplah dengan bersyukur dgn hidup yang dipinjamkan oleh allah s.w.t.

Oklah, aku pun dah ngantok nie. Selamat malam & selamat tahun baru 2012 :D

Outstation ke Kuching

Dua minggu lepas aku kene pergi ke Kuching utk satu meeting di kawasan Samarahan.

Rasa excited jugak ke sana sbbnyer; boleh jugak aku singgah ke rumah sedara-mara kan ;) . Tapi yang tak bestnyer, anak bini aku tak dpt ikut:( . Aku pergi sana pun atas urusan kerja. Klau pergi bercuti, mmg aku bawak. Pakcik & makcik aku kat sana sume asyik bertanyer bila nak bawak Rosyadah ke Kuching…..insyaallah…

Aku di Kuching cuma selama 2 hari saja & klau ikut perancangan; hari pertama: Meeting. Hari kedua: info gathering. Tapi semuanyer bejalan dalam hari yg pertama saja. So hari kedua aku free :D

Sempat jugak aku merasa makanan orang sana, mcm mee kolok, laksa sarawak, umai, tumpik, dan mcm² lagi :) lama sungguh tak mkn. Masa honeymoon dulu tak sempat nak merasa sume tu. Asik berjalan jer :P hehehe

umai

tumpik

tak lupa jugak, ikan terubuk masin yang popular kat sana. Mmg serba tak kene klau balik semenanjung tak bawak balik ikan terubuk masin :)  **ada yg bertanya psl harga. Kat pasar satok, ada bnyk perniaga. Harga biasanyer 3 ekor RM10. Tips: better amik yg mahal (2 ekor RM10 ke) psl lagi mahal, lagi fresh ikan tu ;)

Trip ke sarawak kali nie mmg terpahat dalam sejarah bila aku terlepas flight balik KL :( rasa nak menangis pun ada bila tak dibenarkan masuk ke gate pelepasan :( serta merta terbayang wajah Rosyadah & iMee. Sebak wooo…

Nak taknak, terpaksa kuarkan duit sendiri utk beli tiket flight. Rm500++ jugak melayang. Nak buat mcmana, bende dah jadi.

Alhamdulillah, aku sampai jugak ke KL tepat pkl 12.30tghmalam.

Insyaallah, bulan Januari 2012, aku akan ke sana sekali lagi untuk presentation pulak. Mudah²han tak terlepas flight kali nie :P

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.