“Ko tak letih ke?”
Itulah reaksi atau soalan spontan yg selalunyer keluar dari siapa-siapa yang bertanya pada aku tentang jarak perjalanan aku setiap hari.
Sebelum nie, semasa aku masih bekerja di Cyberjaya, aku akan amik masa selama 1 jam utk sampai ke opis dari rumah aku di Taman Melawati. Sekarang, walaupun aku sudah berpindah kerja di Cheras, aku masih lagi mengambil masa 1 jam jugak utk smpi ke opis.
Macam tak logik kan dari Taman Melawati ke Cheras akan amik masa 1 jam, sedangkan jarak perjalanan cuma 15KM saja.
.
Sebenarnyer, walaupun aku sudah bekerja di Cheras skrg nie, aku masih lagi menghantar wife aku ke makmal tmpt dia membuat research di UPM Serdang. Selepas menghantar wife, barulah aku berpatah balik semula ke Cheras.
Kiranyer perjalanan aku:
(Pagi) Taman Melawati -> UPM, Serdang -> Cheras
(Ptg) Cheras -> UPM -> Taman Melawati
Sudah lama aku hantar & jemput wife aku. Sejak dari kami masih lagi berkawan. Sbbnyer, dulu aku bekerja di Hospital Serdang, manakala wife aku pulak bekerja di Pusat Halal, UPM. Kebetulan pula rumah kami berdua dekat saja di Taman Melawati.
Bila sudah selalu hantar & jemput, aku dah terbiasa dan mmg dah jadi rutin harian aku. Disebabkan tu jugak aku prefer menunggang motor dari memandu kereta.
Tapi bukanlah setiap hari aku dapat hantar & jemput wife aku. Ada juga hari-hari dimana aku kene pergi ke tempat client atau outstation. Masa-masa mcm tu, wife aku terpaksa drive sendiri ke makmal tmpt dia bekerja.
Tak pernah sekalu aku rasa menghantar & menjemput wife aku adalah perkara yang memenatkan. Kerana mmg tanggungjawab aku untuk menyediakan transport untuk wife aku. Walaupun ada jugak bebudak opis yang tak bersetuju dgn pendapat aku. Terpulang pada masing-masing untuk menilai. Tepuk dada, tanyer iman
p/s: Setiap pagi aku hantar Rosyadah ke nursery naik moto. Seronok Rosyadah bila naik moto
kecuali bila hujan jer aku akan hantar naik kereta.
Filed under: ::aPa² SaJa::







Suami yang sangat bertanggungjawab.
Respect!
hehe, tthanks
takde apa yang nak dibanggakan. Ramai suami yang buat apa yang aDi buat skrg nie