Buat baik dibalas baik :)

Ada pepatah org tua² – buat baik, pasti dibalas baik (If u do something good. U will receive something good in return) Apa yg berlaku pada aku minggu lepas, mungkin satu contoh pepatah tu. Aku bukanlar nak kata yg aku nie baik & bukan niat aku menolong utk dptkan ganjaran. Cuma ganjaran yg aku dpt mmg satu yg tak diduga🙂

Last week, pada hari jumaat aku ada interview di kawasan Sunway. Oleh kerana aku tak penah ke kawasan Sunway, mmg dah dijangka yg aku akan sesat. Map yg aku print dari google maps tak membantu aku (jgn salah sangka yer. Aku bnyk guna google maps, dan ia mmg membantu. Cuma utk kali nie jer tak membantu :P).

Setelah hampir 2 jam mencari tmpt, aku mmg dah putus ada. Dlm fikiran aku, dah takde rezeki, nak wat mcmana kan. Aku pun nekad nak berpatah balik semula ke rumah. On the way mencarik tmpt u-turn, aku ternampak sorang pakcik tgh menolak motosikal dia. Jarak aku ngan pakcik tu lebih kurang dlm 100meter. Bnyk moto² lain yg lalu kat situ, tapi takde satu pun yg tolong.Kesian lak aku tgk.

Aku pun perlahankan moto aku & benti sebelah pakcik tu. Aku tanyer apa masalah moto dia. Pakcik tu ckp yg minyak moto dia habis. Aku pun offer tolak moto dia smpi ke stesen minyak. Jauh gak stesen minyak dari tmpt tadi. Klau pakcik tu tolak moto dia, mau pengsan bila smpi stesen minyak huhu.

Tgh pakcik tu isi minyak, dia tanyer kat aku, aku nie dari mana & nak kemana. Aku pun cite lar yg aku ada interview pastu carik tmpt tak jumpe & nak balik time nampak pakcik tu tolak moto. Pakcik tu nak alamat tmpt yg aku carik. Bila dia tgk, dia kata tmpt tu blkg kawasan perumahan dia jer. Pakcik tu offer nak bawak aku ke alamat tu lepas isi minyak.

Aku smpi ke tmpt interview tepat pada masa. Alhamdulillah, mujur aku tergerak hati nak tolong pakcik tadi. Klau tak, mmg aku takkan jumpe dah alamat tu.

Kesimpulannya; Allah tu maha adil. Jgn lar kedekut berkira sgt dlm memberi pertolongan nie. Mungkin bila kita tolong seseorang, ganjaran tidak dpt pada kita. Mungkin Allah beri pada org² yg kita sayang😉 wallahualam. Tapi jgn pulak tolong org sbb inginkan ganjaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: