3.56am

Hmmm…jam dah menunjukkan pukul 3.56pagi. Tapi mata aku masih lagi segar bugar. Takley nak lelap mata….

Taktau nak ckp mcmana…hati aku terasa berdebar-debar. Rasa mcm ada jer yg tak kene😦 tapi apa dia?! Aku sendiri tak pasti.

.

.

.

dah 2 movie aku layan. Nak kasi mata mengantok la konon nyer. Habis tgk 2 movie tu, mata still takley lena hahahaha. Patut aku basuh baju tadi, mesti sempat siap basuh baju kotor yg bertimbun dlm laundry bag tu.

Pagi tadi wife aku mengadu sakit bahagian bawah perut yg teramat sgt. Risau aku dgr. Tambahan lak, baby tak gerak² dlm perut mcm selalu. Risau sgt² aku…Allah jer tau mcmana risaunyer aku pagi tadi. Tapi alhamdulillah, lagi beberapa minit nak ke klinik, baby bergerak semula🙂 lega aku rasa.

Smpi jer kat klinik, buat lar sume checkup. Syukur sekali lagi yg baby aku selamat & takde apa² perlu dirisaukan. Cuma doktor agak pelik napa bahagian bawah perut wife aku tu sakit. Nak kata contraction…tak mungkin, sbb masih ada lagi 2 bulan dari tarikh yg dijangkakan bersalin. Tapi apa²pun, aku bersyukur semuanyer selamat. Wife aku pun semakin ok aku tgk. Nyenyak jer dia tido🙂

.

.

.

Khamis lepas aku pitam sekali lagi. Dlm minggu nie, dah 2 kali aku pitam. Dari apa yg doc ckp, aku kene Hypoglycemia. The best part is, aku tak terkejut pun. Maybe sbb aku dah jangka. Lambat laun, aku mesti kene penyakit tu jugak sbb ianya penyakit keturunan . Cuma aku risau klau kene hypo attack time drive kete atau time bawak moto. Kene spare gula² dlm poket lar klau mcm tu.

.

.

.

Next week mak & abah aku nak balik ke kampung. Aku mmg tak dpt nak ikut. Cuti susah nak dpt. Lagipun nak kene simpan cuti utk tambah paternity leave. Paternity leave cuma 3 hari jer diberikan. Mana nak cukup. At least bglar seminggu. Hehe, nak wat mcmana, kene ngan org. Klau company sendiri lainlar. Mujur adik aku dah habis exam. Dia lar yg drive kete pegi balik nanti.

Lama mak & abah aku tak balik ke kampung. Abah aku mana larat nak jln sgt skrg. Berdiri lama skit mesti nak tumbang. Hati aku rasa seronok  tgk bila abah aku sihat skit & ceria hari nie. Takdelar terbaring jer atas katil. Klau nak ikutkan, penyakit abah aku nie mmg berat…sakit kanser…. Aku masih ingat lagi saat bila doktor sahkan apa penyakit abah aku, rasa nak menangis jer. Tapi aku tahan..takmo menangis depan abah. Walaupun hati dah rasa sebak sgt². Aku hanya menangis dlm kereta itupun lepas hantar abah & mak balik ke rumah.

Mak & abah aku mmg pasangan yg tabah. Sgt tabah. Hari² mendatang mrk lalui dgn penuh sabar. Mak aku sentiasa berada di sisi abah. 24/7 mak menjaga abah. Dah bnyk kali mak terlelap kat atas kerusi sbb keletihan berjaga malam jaga abah. Selalu aku perasan air mata mak mengalir bila tgk abah tido. Tapi mak tak penah menangis depan abah.

Penah aku amik cuti selama seminggu sbb nak tolong mak jaga abah…tapi mak marah sbb takut aku kene buang keje psl cuti lama sgt. Yup, aku penah disindir oleh rakan sepejabat sbb selalu cuti. Abah aku akan ada chemo session di HKL pada hari jumaat setiap minggu & aku akan bawak mak & abah kesana. Ada yg berkata, “Asal jumaat jer cuti. Jumaat jer cuti. Org keje 5 hari. Dia keje 4 hari” Ada yg panggil aku Mr. Absent on Friday. Ada jgk yg buat lawak bodoh dgn tulis atas memo board “Rosmadi – cuti kucing bersalin“. Nak kata aku tak marah…mmg tipu lar. Sapa yg tak marah bila disindir mcm tu. Tapi aku tak salahkan mrk. Mrk tak faham apa yg aku lalui. Siapa aku nak marah mrk kan..bg mrk, aku cuma sorang rakan sepejabat atau sorang system admin yg kejenyer memantau system & services. Tak lebih & tak kurang. Bila ada problem, carik aku. Bila prob solve, sorang pun tak berterima kasih. Tapi, bukan sume mcm tu. Ada jugak 2 rakan aku yg sgt memahami. Mrk 2 lar bnyk bg sokongan moral kat aku.

Setelah 6 bulan menjalani rawatan, skrg nie, abah aku dah semakin sihat🙂 bulan lepas doc ada buat follow-up checkup. Dan berita gembira bg aku sekeluarga, cell cancer dlm badan abah semakin berkurangan. Dari 4000++ turun ke 1000. Jgn tanyer aku mcmana kira. Aku sendiri taktau. Yg pastinyer, mmg itu satu berita gembira buat kami semua. Insyaallah, cell cancer akan berkurangan dan hilang🙂 amin~~

.

.

.

3 hari lepas aku check email. Aku mmg tgh tunggu email dari satu company A yg offer aku keje 3 bulan lepas. Aku mintak tangguh sbb aku baru jer sign contract ngan company lain. Last week company A tu ada call aku & tanyer samada aku masih berminat dgn tawaran mrk. Mmg aku berminat & aku ckp “yes“. Aku mintak email dari pihak mrk sbg black & white. Tapi nampaknyer takde email dari company A yg aku harapkan tu. Yg ada cuma dari company B.

Hi Rosmadi,

Congrats on getting the job.

As per conversation, I would like to make an official job offer to you.

Salary of RM ???? (included allowance)

Medical benefits by ING Insurance

Dental benefits by Medic Dent Insurance

Full time/Permanent job by ??

Do let me know your answer by Monday.

Hmm…aku blm bersedia nak bekerja dgn company B sbb working hour adalah dlm shift. Itulah main reason aku. Aku blm bersedia nak bekerja dlm shift…

.

.

.

What!!! Dah pkl 5.10 pagi? Baik aku lelap mata kejap. Nanti nak gi kenduri kawin member aku……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: