minggu yg sibuk

Fuhhhh…letih btul rasa sepanjang minggu lepas. Rasa mcm takde rehat pun ada. Last week aku discharge dari hospital hari selasa. Lepas tu rabu, sedara-mara aku dari Sarawak dtg. Seminggu gak mrk bercuti di KL. Total sedara-mara yg dtg 12 org. So, kene melayan sedara-mara.tu yg buat rasa mcm takde rehat. Tapi best jugak mrk dtg, meriah rumah aku nie😀

Tak sangka….5 hari gak aku tinggalkan blog aku nie. Rasa mcm lama lak aku tgk update blog hehehe. Padahal sblm nie aku penah tak update blog selama 6 bulan. Semuanyer sbb terlalu bz ngan keje. Mmg bz sgt², smpi 3 hari tido kat opis. Takley lupa pengalaman kene tido kat opis utk settlekan issue & kejar deadline..dan sepanjang 3 hari tu jugak aku tak mandi hahahaha.

Oh yer..sabtu lepas aku bawak sedara-mara jalan² di Petrosains KLCC. Disebabkan mrk 1st time datang ke KL, aku bg cadangan supaya pegi ke KLCC naik Putra LRT. Yg budak² mmg seronok lar. Sbb kat sarawak mana nak jumpe LRT, Monorail, KTM sume nie. So aku drive dari rumah dan parking di stesen putra setiawangsa. Perjalanan pergi sumenyer ok.

Smpi di KLCC, aku terus bawak mrk ke Petrosains. Ramai gak pengunjung. Tapi mujur beratur beli tiket tak lama. Kami sume habiskan masa lebih kurang 2 jam stgh dlm Petrosains. Itupun budak² nie rasa tak puas duk dalam. Budak² suka lar pegi tmpt mcm Petrosains nie sbb ada byk games. Lepas keluar dari Petrosains, aku bawak mrk mkn kat food court KLCC.

Habis mkn dlm pkl 7.30ptg, kami sume nak berangkat balik. Smpi jer kat stesen putra KLCC, aku tgk punyer lar panjang line org beratur. Yg aku perasan, mesin jual tiket sume out of service. Heran gak aku, apasal sume sekali rosak. Aku dah beratur lebih kurang 15 minit, baru kuar announcement yg perkhidmatan tren tergendala selama 2 jam. Mmg mengeluh panjang sume org kat situ..termasuk aku😛

Aku rasa better amik teksi dari menunggu tren smpi 2jam. Lagi pun aku dah letih berjalan dlm Petrosains. Malas dah nak ketempat lain. So aku naik ke atas utk amik teksi. Rupa²nyer hujan lebat kat luar. Mmg tak perasan tgh hujan lebat sbb aku duk kat dlm KLCC. Aku mintak wife & sedara-mara aku yg lain utk tunggu jer kat tmpt teduh. Biar aku tahan teksi.

Dlm hujan lebat tu aku mencari teksi. Disebabkan kami ramai, terpaksa amik 2 teksi. 1 teksi dah dpt & dah bergerak ke Setiawangsa, jadi kene tahan satu lagi teksi. Bnyk teksi yg aku tahan, tapi takde satu pun yg nak ke Setiawangsa. Mcm² alasan diberi. Antaranya:-

Teksi pertama:

Aku: “Setiawangsa pegi tak bang?”

Pemandu Teksi 1: “Jem teruk. Tak pegi!!” (sambil tarik semula pintu yg aku buka)

Teksi kedua:

Aku: “Setiawangsa pegi tak bang?”

Pemandu Teksi 2: “Pelancong jer” (Sambil naikkan tingkap)

Teksi ketiga:

Aku: “Setiawangsa pegi tak bang?”

Pemandu Teksi 3: “Hujan la dik. Jalan jem. Maaf yer”

Teksi keempat:

Aku: “Bos, setiawangsa pegi tak?”

Pemandu teksi 4: (geleng kepala & pecut laju. Mujur tak digilisnyer kaki aku)

Teksi kelima:

Aku: “Setiawangsa?”

Pemandu teksi 5: “Sorry, taktau jalan”

Aku: “Klau mcm tu, jual jer teksi pakcik yer” (ckp aku dlm hati)

Mcm tu jer smpi teksi yg tah keberapa aku pun taktau. So aku amik keputusan utk berjalan kaki ke Ampang Park utk amik teksi kat sana pula. Tgh jalan kaki ke Ampang Park, hujan turun semakin lebat. Smpi basah kuyup aku,wife & makcik aku. Kesian sgt² rasa kat wife aku. Dgn baby dlm perut, kene lak jln jauh.

Smpi kat Ampang Park…perkara yg sama gak berlaku. Takde satu pun teksi yg nak ke Setiawangsa. Alasan popular; jalan jem. Last option, aku call adik aku utk amik aku di Ampang Park. Mujur dia ada dekat jer. Takde la lama sgt menunggu.

Kesian jugak kat sedara-mara aku yg lama tunggu kat stesen setiawangsa tu. Dekat sejam lebih gak mrk tunggu. Nak balik sendiri, mrk taktau jln. Patutnyer, teksi pertama tu aku amik. Pastu bawak kete ke KLCC & amik mrk. Inilar yg org ckp “expect the unexpected”.

.

.

.

Hari ahad, mrk ajak ke Zoo Negara pulak. Aku cuma hantar jer. Tak larat dah nak jalan². Rasa nak tido jer satu hari ahad tu kat rumah. Isnin dah keje. Tulang belakang masih sakit. MC dah habis huhuhuhuhu

One Response

  1. Sabar yea bang..biaser la benda yg tak jangka nk jadi kan..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: