Jgn tido lagi :P

Terkejut aku tgk jam kat dinding. Dah pukul 5.00pagi rupanyer. Ini bermakna aku tak tido dari pkl 6.30pg smlm. Wow, hampir 24hours gak tu. Hmm…apasal tak ngantok lak nie. Pelik gak aku….

Klau nak ikutkan, semalam aku bangun pkl 6.30pg, guling² smpi pkl 7pg. Pastu iring wife aku smpi ke kete. Pastu 7.30pg mandi & bersiap-siap pakai baju keje. Pkl 8.30pg gerak dari rumah. Dalam pukul 9.15pg smpi opis. 9.30pg start keje, smpi pkl 1tghari rehat skjp utk lunch. Pkl 2 masuk keje semula smpi pukul 6.30 ptg.

Smpi rumah, tanpa rehat, terus amik wife aku & naik moto sama² ke HKL utk tgk keadaan abah aku yg admitted kat HKL. Tepat pkl 7.30ptg kuar dari hospital sbb masa melawat dah tamat. Gerak pula ke kedai Char Kuey Tiaw Sany di Titiwangsa. Lepak mkn & sembang² ngan wife aku smpi pkl 9.30mlm. Pastu gerak balik rumah. Smpi rumah dlm pkl 9.45mlm, rehat kejap dlm 10minit pastu mandi.

Lepas mandi, aku main game smpi pkl 2 pagi. Pastu layan movie. Dan skrg menaip entry utk blog😛 Mujurla aku tak keje pagi nie. Klau tak, mau tertido time tgh buat keje hehe.

Teringat aku masa nak siapkan final year project utk Diploma aku dulu. Mmg bersengkang mata nak menyiapkan manual, flow-chart, dfd diagram, interface & coding. Smpi tertido waktu menaip coding. Rindu giler masa blaja dulu. Ahli FYP aku masa tu Fadzly, Joe & aku. Tugas masing² dah ada. Fadzly buat manual & flow-chart. Joe buat DFD diagram & compile coding. Aku reka interface & taip coding. FYP mmg menyeksakan. Tapi alhamdulillah team aku lulus dgn cemerlang😀

Lepas belajar, aku mmg nak sgt jadi programmer. Taktau napa aku suka sgt ngan programming nie. Tapi keje pertama aku lepas kolej bukanlar sbg programmer, tapi sbg Travel Agent. Walaupun takde kene mengena ngan IT, aku bersyukur dpt keje tu psl aku dpt improve english aku yg tunggang langgang sebelum nie. Dan aku berpeluang melancong sambil bekerja. Hotel & mkn minum sume ditanggung oleh company😀 keje mmg enjoy..tapi dari segi long-term, mmg tak nampak masa depan. Gaji kecil + kene bnyk travel utk dptkan duit lebih. Bila aku ckp bnyk travel, mmg aku maksudkan bnyyyyykkkkk travel. Dlm sebulan, boley dikatakan 2 minggu aku akan berada luar dari KL. Seronok pada mulanya. Tapi lama² tak larat dah nak travel bnyk sgt. 7 bulan jugak aku keje sbg Travel Agent sblm aku resign.

Lepas tu aku dpt keje aku yg pertama dlm bidang IT. Company yg hire aku masa tu; Solution Protocol. Jawatan sbg Technical Assistant. Walaupun bukan dlm bidang programming, aku terima jugak. Sbb aku rasa maybe keje nie boley jadi platform aku klau aku nak cari keje yg berkaitan ngan IT. Lepas sign kontrak, aku dihantar ke Hospital Serdang utk support notebook, desktop & printer kat sana. Tapi baru seminggu keje, aku ditukar ke department lain. Department software development sbg Application Support😀 walaupun hanya utk level 1 support & aku cuma support module yg paling basic, aku tetap rasa seronok sgt² psl dpt masuk bidang yg aku impikan selama nie.

Setahun lepas tu, kontrak Solution Protocol dgn Hospital Serdang tamat. Masuk contracter baru; IBA Health. Aku diserap masuk ke company baru. Kali nie job scope aku lebih bnyk & meluas. Dan aku diberi kepercayaan utk menjaga module yg lagi advance😀

Dari situ aku dah mula bermain dgn master application setup, SQL, analyser machine dan sedikit wintel. Mmg seronok….pada mulanyer. Lama kelamaan, bila makin bnyk kerja diberi. Makin bnyk issue yg ada. Kene stayback smpi lewat malam utk siapkan keje (pkl 11 mlm tu tak lewat bg korang aku taktau lar😛 )

Aku tgk bebudak bhgn software development nie kebanyakkan takde life, takde masa nak enjoy & bujang terlajak hehe. Duit bnyk, tapi kerja berlambak-lambak. Masa kerja tak menentu. Walapun dlm contract ckp keje opis hour dari 8pg-5ptg, tapi hakikatnyer kerja terlalu bnyk nak disiapkan berbanding ngan deadline yg singkat. Dari situ baru aku nampak yg keje dlm bidang software development, lebih² lagi sbg programmer nie tak best pun sbnrnyer.

Setahun kemudian, contract IBA Health dgn Hospital Serdang lak tamat. Kali nie Systematic Conglomerate pula ambil alih. Dalam company nie aku apply utk jawatan dlm bidang System Support pulak. Apa yg aku tau psl System Support? Zero! Mmg aku taktau apa². Alhamdulillah bos lama aku bg kepercayaan kat aku utk amik jawatan tu walaupun pada mulanya mmg nampak sgt dia tak yakin. Yerla, dah lar taktau apa² psl System Support, nak manage lak sume system & services utk organisasi yg besar mcm Hospital Serdang. Tapi sbb aku mmg dah nekad nak lari dari software development, aku cekalkan jugak hati utk blaja semula psl system support dari bawah. Dalam masa setahun, aku dah berjaya kuasai apa yg patut aku tau ttg system support. Walaupun tak kesemuanyer, tapi mmg cukup kuat utk aku tambah dlm resume🙂

Setahun kemudian, aku resign dari Systematic Conglomerate sbb nak carik keje lain yg bg better salary. Alhamdulillah, rezeki pengantin baru agaknyer🙂 aku dpt keje baru di Cyberjaya dgn salary yg mmg better dari sblm² nie. Cuma bila dah ada kerja yg bg better salary, job scope & stress level mmg lagi tinggi🙂 taktau lar brp lama pulak aku kat sini. Ikut perancangan, aku nak keje sini at least setahun…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: