Abg rindu abah..

23 August 2010 merupakan tarikh yg merubah hidup aku selama-lamanya. Kerana tarikh itulah merupakan tarikh dimana abah pergi meninggalkan kami sekeluarga… al fatihah buat arwah abah.

Sebak di hati masih terasa sehingga ke hari ini. 26 tahun hidup disisi abah. Terasa kehilangan yang amat besar.

Aku hanya sempat jumpa abah sehari sebelum abah meninggal. Masih jelas di ingatan semasa abah minta aku picit²kan kaki dia yg lenguh. Bergenang air mata aku semasa memicit kaki abah…

AKu masih ingat pesan abah yg terakhir pada aku semasa abah masih di Hospital Selayang:

“Jaga mak & adik² elok². Jaga imee & anak elok² juga”

Setahun abah menderita penyakit kanser. Berat abah tersangat susut. Dari seorang yg agak berisi..sehingga tinggal tulang dan kulit saja.

Agak terkilan rasa di hati sbb tak berada disisi abah semasa abah menghembuskan nafas yg terakhir…tapi alhamdulillah, aku sempat menolong memandikan & kebumikan jenazah abah. Alhamdulillah juga abah pergi semasa di bulan Ramadhan yg mulia nie. Semoga urusan abah di akhirat dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

.

.

.

Abah..abg nak ucapkan terima kasih bnyk² sbb menjaga & membesarkan abg & adik² dgn penuh kasih sayang. Abg tak sempat nak balas jasa abah. Abg redha dgn ketentuan ilahi. Apa yg abg mampu berikan adalah sedekahkan al-fatihah setiap hari sebagai bekalan abah di sana. Insyaallah..jika diizinkan allah…semoga kita bertemu di sana…

2 Responses

  1. okay aku rasa aku terlambat tahu. entry ni aku baru tahu. and aku pun baru bukak facebook mmg tak fully tgk sgt lagi. so sorry to hear this. aku cuma follow yang ayah ko ada kat hospital selayang. adi, imee & famili aku doakan korang kuat semangat n doakan jugak arwah ayah ko tenang kat sana. insya Allah. what a good son ure, what a good guy ure and a good husband ure, soon to be a good father, thats what ur father had done to u. insya Allah umur kita still panjang lagi boleh beribadat, doakan, sedekah untuk arwah sebanyak2 yg kita nak. sebab doa dan sedekah kita akan cepat sampai pada dia. takziah untuk ko & famili.

  2. Al-Fatihah.

    Lama tunggu Adi update entry ini. Semoga Adi sekeluarga tabah. Bergenang air mata baca entry ini.

    Alhamdulillah, abah Adi pergi pada bulan ini. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: