Aku seorang pembunuh!!

Aku pernah dgr org tua² kata:

bila ada baby baru lahir, binatang berbisa suka masuk dlm rumah

Personally, aku tak brp percaya sgt. Sbb tak nampak apa kaitan budak baru lahir ngan binatang berbisa??!

Sepanjang minggu nie, adik ipar tido kat rumah aku. Dia tolong wife aku jaga baby. Katanyer dia tgh bercuti panjang. Wife & adik ipar aku tido di ruang tamu bersama baby. Aku tido dlm bilik. Bagus jugak dia dtg tolong, sbb aku keje. Dpt jugak tido lama skit. Sejak ada baby nie, mmg susah skit nak tido mlm. Baby asik menangis nak susu time tgh mlm. Mmg kene bnyk berkorban utk baby.

Sambung pada cerita aku tadi, mlm kelmarin semasa aku tgh tido, tiba² adik ipar aku kejut aku. Katanyer ada lipan dekat sgt ngan tilam baby. Tanpa berlengah, aku bergegas dari bilik tido ke ruang tamu.

Pada mulanyer, aku budget lipan kecik…tapi bila tgk, terkejut ya amat. Lipan sebesar ibu jari & panjang lebih dari sejengkal. Warna lipan merah kehitam-hitaman.

Klau nak ikutkan, aku nie jenis lembut hati ngan binatang. Lebih² lagi ngan kucing. Tak kisah binatang apa pun, aku mmg tak smpi hati nak pukul apalagi bunuh. Aku tak boley tgk ayam atau lembu kene sembelih, mesti aku menangis. Smpi pernah satu masa lipan masuk dlm kete aku, percaya atau tidak, aku tak smpi hati nak bunuh lipan dlm kete aku tu hahaha.

Bila fikir dah ada baby. Takut baby kene sengat…aku pun keraskan hati. Capai ridsect dan spray pada lipan supaya lipan tu ‘mabuk’. Bila aku nampak lipan tu dah agak lemah, aku ketuk ngan batang penyapu smpi hancur lipan tu. Kejam jugak rupanyer aku nie >:) .So, secara rasminyer, kelmarin aku dah jadi sorang pembunuh…lipan.

Hari nie aku amik masa cuti nie utk tabur belerang di sekeliling pintu masuk depan & belakang. Sbb pak mertua aku kata lipan tak suka bau belerang. Jgn kata lipan, aku sendiri tak suka bau belerang huhuhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: