• :: My FaCeBook::

  • :: My Wife :) ::

    My WiFe
  • :: My BabY ::

    My BabY
  • ::My Flickr PhoTosTreaM::

Swasta vs Kerajaan

Haha, jgn salah faham. Tajuk kat atas tu bukan psl kerja di sektor swasta vs kerja di sektor kerajaan. Tetapi mengenai layanan semasa membuat rawatan di hospital/klinik swasta vs layan semasa membuat rawatan di hospital/klinik kerajaan.

Baru² nie aku pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan sbb kecederaan di lutut dan buku lali akibat terjatuh dari moto. Aku kesana pun sbb hospital tu paling dekat ngan tmpt aku jatuh. Tak larat nak gi jauh² ngan kaki sakit.

Smpi di sana, masa menunggu utk pemeriksaan & rawatan mmg sgt lama..bayangkan, aku smpi pada pukul 8.30pagi, tetapi aku mendapatan pemeriksaan pada pkl 10.30pg. Dua jam menunggu. Blm dpt rawatan lagi, baru pemeriksaan. Aku sbnrnyer tak kisah sgt psl masa menunggu. Aku faham dgn workload yg ditanggung oleh doktor² kerajaan nie.

Pendekkan cerita, giliran aku utk mendapatan rawatan adalah pada lebih kurang pkl 11pg. So aku pun masuk ke bilik doktor. Dgn kaki sakit terhencot-hencot aku berjalan masuk. Smpi jer di bilik doktor, dia pun bertanyer:

Doktor kerajaan: Awak nie kenapa pulak? (Dalam nada tak friendly langsung)

Aku: Saya jatuh moto tadi. Terlanggar banjir semasa hujan lebat. Pastu tergelincir & jatuh. Skrg lutut & buku lali saya sakit.

Doktor kerajaan: (pandang menjeling) Tak macam jatuh pun.

Aku: Saya bukan jatuh tergolek-golek doktor. Cuma jatuh dari moto, pastu moto hempap kaki saya.

Doktor kerajaan: Kaki ada lebam²?

Aku: Saya tak check lagi. Yg pasti lutut saya sakit sgt.

Doktor kerajaan: Habis tu singkatkan lah seluar tu. Check ada bengkak ke tak. (dlm nada tak puas hati)

Aku: ok. (sambil tarik kaki seluar). Takde lebam doktor. Cuma bengkak skit.

Doktor kerajaan: (Tanpa memandang pada kaki aku) Saya bg MC satu hari. Cukup tak?

Aku: Ok. terima kasih 🙂

Doktor kerajaan: Esok keje tak? (Esok adalah hari sabtu)

Aku: Tak kerja, tapi klau doktor nak bagi MC pun boley gak (dlm nada bergurau)

Doktor kerajaan: (Pandang dgn muka tak puas hati) Saya kerja siang malam, sabtu ahad, takde sapa nak bagi saya MC pun. Awak dpt satu hari MC cukuplah.

Aku: hehehehe (gelak tak ikhlas….apasal doktor nie emo dari tadi)

Bgitulah kisah mcmana aku mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan. Masa menunggu mmg lambat, tapi tu bukanlah satu perkara yg besar. Yg aku rasa agak tak bagus ialah cara layanan yg diberikan oleh doktor tu kepada aku. Klau keje bnyk sekali pun, jgn lepas tension pada pesakit. Mujur aku nie jenis tak suka nak marah² sgt. Klau ikutkan sakit kaki, mmg nak geget jer telinga doktor tu tadi.

Tersangat berbeza semasa aku mendapatkan rawatan di hospital/klinik swasta. Sebagai contoh, semasa aku di admit ke Hospital Ampang Puteri. Masa menunggu tidak lama. Boley dikatakan segera. Smpi sahaja aku di sana, aku terus dihantar ke bilik doktor pakar. Kemudian menunggu lebih kurang 10minit sudah mendapat pemeriksaan.

Doktor swasta: Ya encik Rosmadi. Apa yang saya boleh bantu?

Aku: Saya accident minggu lepas. Ada sebuah kereta tgh reverse dan langgar saya. Tapi masa tu tak sakit sgt. Cumaminggu nie baru terasa sakit smpi tak boleh berdiri tegak.

Doktor swasta: Mcm tu…awak baring sebentar atas katil tu. Longgarkan baju & tali pinggang yer. Saya nak periksa belakang badan awak.

Aku: Ok doktor. (sambil berjalan ke katil di sudut kanan bilik doktor)

Doktor swasta: (sambil memeriksa belakang badan aku) awak tak buat report polis ke?

Aku: Tak buat doktor. Sbb masa tu takde apa². Jadi saya settle mcm tu saja dgn budak yg langgar saya tu.

Doktor swasta: Sepatutnya awak buat report polis. Sbb accident mcm nie sakit dia long term. Klau ada report polis, boleh jugak saya tolong bg report dari pihak saya pulak. Claim dari perkeso. Sbb dari apa yg saya nampak, belakang badan awak nie bengkak teruk. Dari belikat smpi ke pinggang.

Aku: Yeke doktor? Sblm nie saya pergi ke hospital dot dot dot. Lepas x-ray, mrk kata saya takde apa². Sume ok.

Doktor swasta: Mrk cakap mcm tu?! Tak patut! Kecederaan di pinggang tak boleh bergantung pada x-ray saja. Kene buat physio sekali. Mcm nie lah, saya admit awak ke wad. Lepas tu awak buat physio & MRI. Kita tgk in detail tulang belakang awak. Worst case, awak boleh ada slip disk.

Aku: Saya ikut cakap doktor saja.

Ketara sekali perbezaan layanan yg diberikan oleh doktor kerajaan dgn doktor swasta. Aku tak cakap sume doktor kerajaan tak friendly, cuma bila setiap kali aku ke hospital kerajaan, layanan begitu yg aku dpt. Well, apa²pun, tepuk dada, tanya iman 🙂

3 Responses

  1. aku pg hosp selayang, 2 jam juga, tapi dpt mc 8 hari, HAHA, jangan tanya sakit apa, but its true tho, being a doc workload terlalu banyak prolonged working hour, and actually ada je lebih 2 hari tak tido sebab keje then straight on call, adik aku intern kat hosp sungai buluh, kesian tgk, mcm super zombie dah.

    acu aku still ada contact dengan gov sebab scholar, choose to bailed out and bayar almost 90k, remaining balance dengan jpa sebab tak tahan, dia sekarang dengan hukm, soo much better.

    and true, they dont check throughly, kalau serious case, sendiri tak yakin, amik 2nd opinion dekat private hosp.

  2. Entahlah..mungkin ada kene mengena ngan gaji. Tapi bg aDi lar, klau tak boley nak tahan ngan enviroment keje mcm tu, jgn jadi doktor hahaha

  3. Faktor layanan ini, rasanya berkait dengan gaji jugak tak? Mungkin gaji kecil, working hours panjang, stressful environment, mereka jadi demotivated, lantas kita pesakit yang kena.

    Wondering..

Leave a reply to adi putera Cancel reply