cara interview paling unik dlm hidup aku

Semua org yg nak mencari keje pasti akan di-interview terlebih dahulu. Mmg perkara wajib yg mesti dilalui ole semua org, tak kisah umur, jantina, agama, bangsa, pengalaman, kelayakan dan sbgnya.

Selama 6 thn aku dah bekerja. Aku tak ingat dah brp bnyk sesi interview yg aku dah hadiri & mcm² karenah interviewer jugak aku dah jumpe. Ada interviewer yg baik, sopan, lembut bila bercakap. Ada gak interviewer yg bila bercakap & berbahasa tu seolah-olah dia mintak diberi makan sup kasut. Dalam bnyk² sesi interview, aku belum lagi pernah di-intervier dalam situasi begini. Boley dikatakan agak unik bagi aku hehe.

Aku tak ingat pulak hari apa interview nie berlaku. apa yg pasti, dlm minggu nie jugak lar.

Seperti minggu² yg lain, bila masuk keje, aku akan tgk dlm que aku utk issue² yg aku boleh selesaikan dgn kadar segera. Ataupun tgk issue² yg aku boley perform remote connection ke tmpt user. Tgh aku asyik tgk case dlm que, tiba colleague(c) aku tegur ;

c: aDi, i got tis one issue. Kinda weird, i never heard this kind of problem. Can you take a look?

aku: ok² sure can. Just buzz me the case number. Let me see what is the issue.

c: okie dokie.

Lepas aku dpt case number dari colleague aku tadi, aku terus check utk details issue. Dari description, cannot backup, error “omniback: The BMA named “HOST1SGP” on host HOST1SGP reach its inactivity timeout of 8400 second”. Sebaik saja aku tgk error omniback, aku terus heran..aku heran sbb error tu takde kene mengena ngan kompeni aku, tetapi kompeni lain.

Tapi sbb case number dah dibukak, aku kene jugak contact user. Dari no phone yg diberikan, user nie dari singapore. Aku pun dail no phone user nie tadi; 9131xxxx

aku: Hello, hi morning. May i speak to Mr. xxx

user: yes yes speaking

aku: My name is Rosmadi and I’m calling from xxxx. This is regarding one case that u log just now.

user: haaaaa…luckily u call. I got major problem here. All data in my server cannot backup. Error came out. You can solve or not. If u can say can. If cannot, say cannot. (User tu ckp ngan tegas).

User: One more thing. U malay or indian.

aku: Malay sir. (aku ada bunyi mcm indian ke?)

user: Bagussssss. Cakap melayu la senang. Mcmana nie? Boley solve ke tak?

aku: Boley en. xxx. Saya bole tolong solvekan. Caranya, en.xxx kene remove AV SE dlm system en.xxx.

user: Mcmana kamu tau saya pakai AV SE?

aku: Error nie cuma akan berlaku bila en.xxx pakai AV SE utk win server 2003 + backup library HP MSI 6000. Skrg nie server takde masalah. Cuma AV SE tu jer yg buat masalah. En.xxx remove mesti solve issue. No hardware need to be replaced

user: Saya tak percaya. Server lain pakai jugak AV SE. Semua ok jer backup. Server nie jer error.

aku: Boleh saya tau apa model server yang boley backup & model server yang tak boley backup?

user: Boley backup: HP Proliant DL365. Tak boley backup: XXXX (hehehe, takley bgtau model apa. Nanti korang ingat kompeni aku nyer server bermasalah hahahaha)

aku: Server HP tu boley backup psl mrk ada hardware based agent. Server XXXX tu pulak cuma takde sbb bukan dari manufacturer yg sama. Server HP boley communicate ngan tape library tanpa masalah dari AV SE. Saya cadangkan en.xxx buang AV SE dari server XXX tu dan percayalah cakap saya yg server tu akan boley backup lepas nie.

user: Ok, saya cuba. Tapi kalau tak boley jugak mcmana?

aku: En.xxx cuba dulu yer🙂

Lepas menunggu lebih kurang 20 minit….user tu cakap yg issue dia dah solve. Punyer seronok la suara dia.

user: Dah ok. Dah boley backup. Terima kasih banyak² atas bantuan kamu. Siapa nama kamu tadi?

aku: Sama² en.xxx. Nama saya Rosmadi

user: Awak kerja situ dah brp lama?

aku: Dah masuk 6 bulan en.xxx.

user: Baru lagi. Sebelum nie keje di mana dan sebagai apa?

aku: Sebelum nie saya keje dgn vendor utk Kementerian Kesihatan Malaysia. Buat system support ngan tape library operator. Kebetulan sebelum nie, saya mmg kendalikan Tape Library MSI6000. Sbb tu saya tau error tu sbb apa.

user: Bukan ke tape library tu dari HP. Kenapa awak kat XXX pulak? Tak apply kat HP ke?

aku: Mintak maaf en.xxx. Saya tak boley bincang psl tu dlm talian. Sbb perbualan nie direkod. Maaf yer en.xxx

user: Takpe² saya faham. Saya beberapa lagi soalan. Awak cuma perlu jawab ya atau tidak sahaja.

aku: errrrr…ok…..

user: Awak tau ada pengalaman dgn G3 BL server?

Aku: ya.

user: Ada experience dgn HP BL465?

user: ya.

user: Pengalaman dgn Window server, sun solaris, oracle database & veritas.

aku: ya. Cuma oracle & veritas saya beginner.

user: Ok. Rosmadi, awak amik no nie. Lepas tu call ASAP ya. 6141xxxx.

aku: ok en.xxx.

user: Call tau. Jgn tak call.

Terus user tu letak call tanpa sempat aku nak summarize apa issue dia tadi. Takpelar, maybe dia bz. Sekali lagi aku heran kenapa dia tanyer aku sume soalan tu….

So masa lunch hour aku call no yg user bagi. Itupun aku fikir panjang gak nak call. Psl no singapore kan. Takut bil melambung:

Sharon: Good afternoon, XXXXX pvt lmt. Sharon speaking, how may I help u?

aku: Hi, errrr….mr.xxx ask me to call this number.

Sharon: Ur name pls.

aku: Rosmadi.

Sharon: Owh..hi Mr Rosmadi. I’m Sharon, Mr.xxx PA. Mr.xxx inform that u would call. He’s out for lunch. Actually, Mr.xxx is our project manager. He ask me to inform u that he is offering u a position in this company as the System Support Engineer. Starting salary is SGD XXXX.XX. Can u provide me with ur email add. Offer letter will be sent to your email. Full details is in the email. Kindly reply accordingly.

aku: (dgn nada terkejut + blur) email: rosmadirazali@xxxxxx.com

Sharon: Thanx. Email will be sent to u shortly. Anything else that i can assist u Mr Rosmadi?

aku: No. That’s all. Thanx….

Adakah soalan yg dia tanyer aku tadi tu soalan interview?…..

Gaji yg ditawarkan mmg amat tidak dijangka. Tapi kerja di singapore…..hmmm…ntahlar………

One Response

  1. Ooohh.. Kita cari kerja susah payah apply sana sini, ini orang yang datang offer. Rezeki Rosyadah mungkin. Siapa sangka, kan?

    As someone who used to live & work in Singapore, saya rasa ini adalah satu peluang yang seharusnya awak grab. 1st sebab gajinya best. 2nd, dapat mencantikkan resume. 3rd, dapat melihat-lihat tempat orang. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Haha.

    But the most important thing, awak dapat memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga dengan pay yang sebegitu. Itu yang paling penting.

    Fikir-fikirkan. Keputusan di tangan awak.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: