syukur padaMu ya Allah

Takde sapa yang mintak perkara buruk terjadi pada diri mereka…termasuklah aku sendiri. Tapi walau mcmana berhati-hati pun, klau dah ditakdirkan, mesti akan berlaku jugak.

Masuk kali nie, kiranya dah 3kali aku accident dlm tahun 2010. Alhamdulillah tak cedera teruk. Cuma pinggang aku jer sakit balik. Maybe kecederaan lama kat pinggang jadi balik lepas accident kali nie.

Seperti weekdays biasa, aku pergi keje naik moto. Dalam perjalanan, semasa aku di Pandan Indah, tiba² tayar depan moto aku meletup. Terhoyong hayang aku cuba kawal utk elak dari jatuh. Tapi akhirnya aku jatuh jugak dari moto. Belum sempat aku bangun, datang sebuah kereta kelisa dari arah belakang rempuh aku pula. Pemandu kereta tu tak sempat brek agaknya. Yerla, aku pun jatuh mengejut. Kat tgh highway lak tu.

Separuh dari badan aku dah terperosok kat bawah kereta. Mujur aku sempat berpaut pada bumper kereta tadi. Klau tidak, mungkin 100% badan aku dah kat bawah kereta. Hampir 3 meter jugak aku diseret sebelum kereta tu dpt berhenti sepenuhnya. Terus terang aku katakan…aku ingat aku akan mati waktu tu. Tapi inilah yg dikatakan belum smpi ajal. Takde luka dan lebam langsung kat badan aku. Yg adapun cuma calar skit kat kaki kiri. Aku bersyukur sgt² pada Allah sbb takde kecederaan yang teruk.

Cuma yang buat aku terkilan, dalam banyak² orang yang berenti kat Pandan Indah tu, cuma 2 orang jer yang datang membantu aku, tolong tarik aku keluar dari bawah kereta & tolong tarik moto aku ketepi highway. Dan lebih membuat aku terkilan, pemandu kereta kelisa tadi terus pergi mcm tu saja. Bukan nak tgk atau tanya mcmana keadaan aku. Walaupun bukan salah dia aku jatuh dari moto, dia patut risau sbb aku dibawah kereta dia. Hmm..tapi apa nak dikata, mmg bukan salah dia aku jatuh. Cuma klau aku di tempat dia, aku confirm akan benti & hulurkan bantuan yang termampu.

Aku bersyukur sgt² sbb takde apa² yg serius. Aku lebih risaukan wife & anak aku di rumah klau apa² terjadi kat diri aku. Inilah risiko yg aku tempuh hari² nak ke tmpt kerja. Dalam hati kadang² rasa nak carik keje yg dekat skit ngan rumah. Tapi inilah rezeki aku buat masa nie, kene bersabar & tawakal. Semoga semuanya diberkati Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: