adik ada duit?

Hari nie aku ada appointment di HKL utk sakit tulang belakang. Appointment pukul 8pagi, tapi doktor pukul 9pagi baru smpi. Letih gak menunggu giliran & menunggu doktor sampai.

Walaupun sakit, aku tetap prefer naik motor ke Kl dari menaiki kereta. Sebabnyer? Jalan Setapak menghala ke HKL mmg tersangat sesak, terutamanya pada waktu pagi sepanjang hari dari Isnin → Jumaat.

Waktu tu aku baru sampai di kawasan letak motor. Sedang aku menarik tongkat motor, aku terdengar suara seseorang memanggil seseorang;

adik…adik….

Aku memang tak tolej langsung waktu tu, sbb aku tak sangka aku sebenarnyer yg dipanggil. Tiba² dari belakang, ada seseorang tepuk bahu aku. Aku toleh ke belakang. Aku lihat seorang pakcik berbangsa India. Umur dalam lingkungan 50an. Kurus tinggi. Pakai baju kemeja putih & seluar slack hitam.

Adik, ada sikit duit mau kasi pinjam? Uncle wad 5 juga duduk. Takda sapa mari kasi tengok uncle. Uncle mau beli biskut, mau makan juga.

Pada mulanya aku susa nak percaya. Nie bukanlah kali pertama orang tak dikenali datang kat aku & mintak duit di HKL. Tapi bila aku teliti kat tangan kanan dia ada ID band hospital, aku jadi serba salah. Atas dasar simpati, tanpa kata apa-apa, aku kuarkan dompet & hulurkan RM10. Pakcik tu amik duit yang dihulurkan.

“Adik, boleh bagi RM20 tak? Wang tak cukup. Banyak uncle mau beli”, kata pakcik tadi sambil lipat duit yang aku beri ke dalam poket baju dia.

Eh, boley lak mcm tu. Aku dah ikhlas bagi RM10, dia mintak lagi RM10. Rasa simpati tadi dah bercampur ngan curiga & tensen lak kat pakcik tu.

“Takda la uncle. Itu saja saya ada.”, balas aku pada pakcik tadi. Kemudian aku teruskan perjalanan aku ke klinik ulangan.

“Adik, kasi la RM10 lagi. Uncle takda tipu. Ini HP uncle kasi kalau adik takda percaya”, kata pakcik tu sambil tunjuk hp nokia 3310 pada aku.

“Sorry uncle, itu saja yang saya ada.”, cakap aku lembut tapi tegas.

Dgn muka bengang + tanpa berterima kasih + tanpa memandang muka aku, pakcik tu beredar dari kawasan parking moto. Aku cuma tersenyum sinis dgn cara pakcik tu. Sebelum ke klinik ulangan, aku singgah sebentar ke toilet utk sikat rambut. Naik moto mesti serabai rambut hehe.

Lepas sikat rambut, sedang aku berjalan keluar dari toilet, aku ternampak pakcik tadi tgh hulurkan duit pada seorang budak muda berbangsa india. Masa tu mrk berada di tangga berdepan ngan toilet. Budak muda tu aku rasa sebaya ngan aku. Bnyk duit yang pakcik tu hulurkan. Lebih dari RM100 klau diagak dari ketebalan duit yg dikeluarkan dari poket seluar pakcik tu.

Mesti sindiket nie….”, kata aku dalam hati. Aku perhatikan saja gelagat mrk berdua dari depan pintu toilet

Kemudian aku saja lalu depan pakcik tadi. Pakcik tu nampak aku, tapi dia buat selamba jer. Dari riak wajah dia, boley nampak yang pakcik tu terkejut tgk aku. Bila aku lalu betul² sebelah pakcik tu, aku senyum kat dia hahaha. Pakcik tu tak pandang aku langsung.

Buat baik salah. Tak buat baik pun salah bila ada orang mcm nie. Mengambil kesempatan pada orang yg mudah simpati bila dengar cerita sedih orang lain. Takpelar, aku tak kisah sgt pun pasal duit tu. Cuma, klau btul pakcik tu mintak duit psl nak beli mkn, aku halalkan duit tu. Tapi klau btul sindiket menipu orang; aku TAK HALALkan sesen dari duit aku beri tadi.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: