Taktau nak letak tajuk apa hehehe

5.3kg

Itulah berat Nur Rosyadah skrg😀 bila dukung mmg terasa berat. Smpi tak boley nak dukung sebelah tangan lama² sgt dah. Mesti lenguh😛

Aku suka panggil Rosyadah; “Beras cap masjid abah“. Sebab berat Rosyadah dah sama berat ngan berat paket beras cap masjid yg jadi kegemaran famili aku hehehe.

Tgk sajalah pipi Rosyadah yang semakin lama makin tembam kat gambar bawah nie.

Disebabkan Rosyadah sudah semakin berat & semakin mustahil utk mendukung Rosyadah lama² terutamanya semasa berjalan, imee beli beg kendong baby🙂 senang skit nak bawak Rosyadah jalan². Rosyadah pun boley tido dalam beg tu dgn selesa.

Dan sudah semestinyer aku yang kene bawak Rosyadah kesana sini. Best pulak bawak anak dalam beg mcm tu😀

Balik Kampung

Jumaat lepas aku, imee, rosyadah & mak aku pulang ke kampung arwah di Gerik, Perak. Aku yang nak balik sgt sbnrnyer. Dah lama tak ziarah kubur arwah. Nak tgk takut tanah mendap ke, tumbuh rumput ke. Nak pastikan kubur arwah terjaga bersih.

Secara rasminya, ini merupakan kali pertama Rosyadah berjalan jauh. Alhamdulillah sepanjang perjalanan tu Rosyadah senyap saja. Kadang² dia tido. Kadang² mata dia terbuka luas melilau tgk sana sini.

2 – 3 kali jugak kami stop di RnR utk menukar pampers Rosyadah. Nak tukar dalam kereta yang tgh bergerak agak mustahil dan ruang dalam kereta sempit sbb safety seat Rosyadah dah penuhi ruang kosong di tmpt duduk belakang.

Aku smpi ke kampung dalam pkl 4 ptg. Perjalanan biasanya memakan masa 5 jam. Tapi kali nie jadi lama psl jalan agak jem & aku tak berani nak bawak laju dgn Rosyadah ada dalam kereta.

Cuaca siang di Gerik amat panas. Mmg meragam Rosyadah waktu siang. Tak selesa agaknyer. Klau dimandikan, barulah Rosyadah senyap sekejap. Bila badan dah panas balik, Rosyadah sambung meragam. Cuaca mlm pula sejuk. Smpikan toto aku jadikan selimut. Tersangat sejuk

Wife Cumie berpantang di kampung. So sempatlah Rosyadah berjumpa dgn Mohd Afiq Aryan anak kepada Cumie.

Beza umur mrk cuma 2 minggu. Dah la bapak mrk kawin pun beza 2 minggu jer jarak masa. Nanti agak²nyer satu sekolah jugak kot hehe.

2 Responses

  1. Comel kan Rosyadah duduk dalam beg kendong dia tu hehe.

    Bila letak Rosyadah sebelah Afiq, teringat arwah abah selalu cite yang waktu mak aDi & mak cumie dalam pantang, aDi & cumie tido sebelah² jer. Maybe sama mcm dalam gambo Rosyadah & Afiq kot

  2. Suka entry ini!

    Suka beg kendong Rosyadah. Suka gambar Imee dengan Rosyadah & RnR tu. Imee nampak berseri sangat! & suka gambar Rosyadah dengan Afiq Aryan.

    Comel comel comel!😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: