Hadiah ulangtahun perkahwinan yg pertama aku :D

Ulangtahun perkahwinan aku sebenarnyer 18hb December. Ada seminggu lagi masa sblm tarikh tu. Pada mulanyer, aku nak wat surprise kat imee. Nak kasik hadiah pada malam ulangtahun. Tapi seperti yg sedia maklum, sememangnyer aku nie jenis yg tak pandai wat surprise😛

Aku ada beberapa pilihan hadiah yg nak diberi pada imee. Antaranya adalah:

  1. Percutian 2hari 1 mlm di Langkawi
  2. Seutas rantai
  3. Sepasang jam
  4. Couple T-shirt

Tapi hampa….budget aku mmg tak banyak & limited. Terlalu banyak perkara yg tak dijangka berlaku dlm bulan nie yg memaksa aku keluarkan jumlah duit yg banyak😦

Fikir punyer fikir..aku buat keputusan untuk beli jam tangan sepasang sebagai hadiah ulangtahun🙂

Aku takut nak beli senyap² utk buat surprise. Takut imee tak suka pulak ngan hadiah yg aku beli. So aku berterus terang ngan dia yg aku nak beli jam sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan aku & dia.

Jadi, sabtu lepas aku & imee ke sebuah kedai jam di Jusco Wangsa Maju. Pilihan jam mmg banyak. Tapi harga pun boleh tahan huhu.

Lama jugak kami amik masa untuk membeli jam. Aku nie memilih skit. Takmo yg design mcm orang tua lar. Takmo simple atau canggih sgt lar. Hahaha. Imee rilex jer. Dia tak kisah yg mana pun. Janji sama design.

Pilih punyer pilih, akhirnya jumpa jam yg kami berdua berkenan🙂

Insyallah aku nak plan trip ke Langkawi pulak. Imee dah lama nak kesana. Sebelum kawin lagi dah dia nak ke sana sgt².

4 Responses

  1. hehe..hanna kalo ikutkan kitorg nyer Anniversary ari Sabtu nie..anway thanks for the wishes..Thanks abg sbb belikan syg jam tangan..tak budget pun abg nk belikan syg jam..tp hadiah yg paling berharga bg syg adalah Rosyadah..betul ckp Hanna..die pelengkap kiter..Sayang abg ngan Rosyadah gak..

  2. Hannah:
    Thanx sbb wish😀
    aDi pun setuju ngan pendapat Na.
    hahaha, suka statement “Tapi kalau saya, saya pun nak ke Langkawi. Sambil pakai jam baru, couple T-shirt yang sepadan & rantai leher cantik”😛

  3. Lupa nak wish, Happy 1st Anniversary in advance to Adi & Imee. Moga kebahagiaan yang dibina bersama ini berkekalan selama-lamanya. InsyaAllah.😀

  4. Bestnya entry ni. Hadiah tidak penting, yang penting kebahagiaan yang kamu berdua kecapi, & dengan kehadiran Syadah melengkapkan hidup korang. Rasanya Imee setuju dengan pendapat ni, sebab tu dia relax je. Hihihi. Jangan marah ye, gurau je.

    Tapi kalau saya, saya pun nak ke Langkawi. Sambil pakai jam baru, couple T-shirt yang sepadan & rantai leher cantik. Boleh tak.😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: