Kad Kredit. Lebih bnyk negatif atau positif?

Majoriti sahabat aku semasa di sekolah menengah atau di kolej dulu mesti mempunyai paling kurang satu kad kredit. Ada juga yg mempunyai lebih dari 2 kad kredit.

Aku akui aku sendiri ada satu kad kredit. Sehingga kini, aku masih rasa takut yg amat sgt bila nak swipe kad untuk buat pembayaran. Takut tak dpt nak jelaskan hutang kad kredit klau guna tanpa batasan.

Lebih kurang dua atau tiga bulan lepas, bank kad kredit aku nie ada call, katanya nak buat offer pada aku. Offer yg diberikan kepada pemegang kad yg terpilih sahaja (tah brp bnyk yg ‘terpilih’ aku pun taktau). Offer yg diberikan adalah: aku boley tambah limit credit aku dari limit credit default kepada limit credit RM14k atau RM20k.

Jawapan aku: aku tak berminat.

Tersangat tak berani aku nak tetapkan limit yg tinggi mcm tu. Bnyk sgt yg aku dgr psl keburukan yg berlaku bila kad kredit disalah guna. Seperti orang lain yg makan gaji, aku ada juga bil, pinjaman & perbelanjaan  lain yg perlu diambil kira. Itu blm lagi dicampur dgn perbelanjaan menggunakan kad kredit.

Baru² nie aku ada melihat satu movie: Confession of a shopaholic. Best giler movie nie dan bg aku movie nie jugak mmg satu movie yg bagus utk tunjuk betapa bahayanya bila salah guna kad kredit utk memenuhi kemahuan lebih dari keperluan.

Sepanjang aku dah pakai kad kredit nie, mmg nampak jelas baik & buruk bila membayar guna kad kredit. Amat lazim bg org yg makan gaji, ada masa dimana perkara² yg tak dijangka berlaku; mcm kereta rosak & perlu dibaiki dlm masa terdekat, adik beradik atau sedara mara nak pinjam duit, berlaku situasi emergency dimana memaksa kita bercuti tanpa gaji selama 2-3 minggu. Dan aku dah pernah lalui sumenye. Dari situ mmg nampak kebaikkan kad kredit bila diguna dgn cara yg betul & tak mengikut perasaan.

Cerita ttg keburukan kad kredit nie jugak dah lama didgr. Bukan perkara baru & dah berlaku sejak dari tahun 80an lagi. Ramai yg muflis disebabkan oleh hutang kad kredit yg mencecah puluhan ribu ringgit.

Aku sendiri ada sorang kenalan yg mempunyai masalah hutang kad kredit keliling pinggang. Mana tak keliling pinggang. Kad kredit saja ada 6 keping. Bayangkan satu kad kredit, sbg contoh minimum bayaran adalah RM100 sebulan. Klau 6 kad kredit, dah RM600 sebulan. Itu untuk kad kredit saja. Blm lagi masuk bayaran tahunan sebanyak Rm50 yg wajib dibayar. Satu kad RM50, klau 6 sudah RM300. Baru saja byr minimum payment, esok swipe lagi kad kredit. Bila nak habis butang tu rasa²nya?

Pendapat aku, kad kredit nie mmg membantu bila di masa kecemasan. Sbb kita hidup umpama roda. Ada masa di atas ada masa dibawah. Jadi pandai² uruskan kewangan sendiri. Jika tiada kepentingan, jgn sekali kali apply kad kredit nie. Mungkin kita akan ckp TAKKAN swipe utk beli brg, sekadar utk isi minyak saja. Tapi percayalah, hidup kita bukan sentiasa senang. Ada masa smpi nak mkn nasi dgn lauk telur pun susah. Nak taknak mesti terpaksa swipe utk membeli barangan keperluan.

Bagi yg dah ada kad kredit, jgn berbelanja sesuka hati. Guna jika perlu. Dan jgn byr sekadar ikut minimum payment. Disiplinkan diri! Buat payment biar ada fix amount. Rm150 sebulan ke, RM200 ke. Byr ikut kemampuan tetapi jgn byr ikut minimum payment. Biar hutang kad kredit cepat habis. Selagi ada outstanding balance, selagi tu ada interest dikenakan.

Sekadar pendapat dari aku…apa²pun, tepuk dada, tanya iman😉

3 Responses

  1. […] Sblm nie aku pernah buat satu post psl kebaikkan & keburukkan mengunakan kredit kad <<sini>> […]

  2. Setuju! & selagi ada outstanding balance, selagi itu tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Sampai mengigau fikir hutang banyak tak terbayar. Asal dapat call dari private number, mula menggigil. Asal keluar gaji, cepat-cepat keluarkan sebelum kena potong.

    Hidup dalam kerisauan.

    Belum ada credit card. & tak nak ambil. Takut!

    • Teringat lagi masa nak kawin dulu. Lagi seminggu nak nikah, pinjaman tak lepas pulak. brg hantaran yg penting ada lagi tak beli. Terpaksa swipe credit card utk beli. Mujur hantaran tak banyak. Jadi kat situ, kredit kad ada membantu.

      Klau byr tak disiplin mmg susah. Apa yg aDi buat, setiap bulan aDi akan byr RM200. Klau ikut minimum payment, kene byr RM70 sebulan. Tapi klau ikut minimun payment, makin naik la interest tu.

      Alhamdulillah tak bnyk dah. Lagi 4-5 bulan habis la hutang nie😀

      aDi dah plan nak terminate kredit kad nie. Tunggu habis sume payment dulu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: