Membersihkan kebun

Hari nie mak aku ajak aku ke kebun yg terletak di Sungai Buloh. Lama btul tak ke kebun tu. Rasanya hampir 6 bulan dah tak pegi sejak arwah sakit tenat.

Smpi jer di kebun, rasa sebak hati, bergenang air mata tgk keadaan kebun yg terurus penuh dgn semak samun. Dulu semasa arwah ada, arwah sentiasa dtg ke sana. Kemas & teratur kebun yg penuh ngan tanaman tebu. Tebu tu arwah jual kat peniaga air tebu di pasar malam. Dpt duit sampingan dari hasil jualan tebu tu. Arwah mmg suka bercucuk tanam. Aku ingat lagi kata² arwah;

Berbakti pada tanah nie untung

Tgk jerla gambar kat bawah nie. Mmg bersemak sgt dah….

Punyerla bersemak, smpi tak nampak pondok kat tgh kebun. Semak lagi tinggi dari aku. Mesin potong rumput disimpan dlm pondok. Nak taknak, kene redah semak ke pondok utk dapatkan mesin tu.

Seriau gak rasa waktu meredah semak. Mcm² bermain dalam kepala otak aku nie. Takut terpijak ular. Takut kaki termasuk dlm lubang. Takut kaki tertusuk kayu tajam.

Smpi jer kat pondok, mesin potong rumput tu lar bende pertama yg aku carik. Bila bukak jer pintu pondok & ternampak mesin potong rumput, sekali lagi aku rasa sebak. Teringat masa arwah masih sihat. Potong rumput & semak samun dah mcm satu hobi arwah. Terbayang bayang wajah arwah masa tu….

Hampir sepuluh minit masa yg aku amik utk hidupkan enjin. 6 bulan tak digunakan. Mcm kereta jugak. Bila lama tak digunakan, jadi susah nak hidup enjin.

Tanah kebun arwah seluas 2 ekar. Hari nie aku cuma dpt bersihkan sebanyak suku ekar saja. Dua jam masa yg diambil utk aku clearkan jalan masuk. Rasa letih sgt². Bukan senang rupanyer berkebun nie. Berpeluh sakan aku. Sama mcm aku ke gym jugak berpeluhnyer hehe.

Barulah nampak pondok yg tadi tak kelihatan langsung oleh semak samun yg meninggi. Puas rasa hati dpt clearkan semak samun.

Insyaallah next week aku akan ke kebun lagi. Nak bagi clear paling kurang pun satu ekar. Ada gak aku bercadang nak usahakan tanah kebun tu. Aku berminat nak wat tanaman cili atau kunyit. Dpt gak wat side income😉 dan tanah kebun arwah takde lar terbiar tanpa ada sapa² uruskan.

One Response

  1. Alhamdulillah..kuat kan usaha yea bang..nnt syg tolong mane yg patut..tolong kutip hasil hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: