Cuti 4 hari

3 & 4 Feb merupakan cuti umum bagi seluruh Malaysia. Itu belum ditambah dgn cuti sabtu & ahad. Maknanyer total cuti utk last week adalah sebanyak 4 hari😀

orang KL ni yg aku perasan, bila cuti panjang mesti tak lepas peluang untuk balik ke kampung. Ada juga yang tidak ke mana² mcm aku nie😛

3 Feb 2011

Aku bangun awal pagi dan bersiap siap ke kebun. Pada hari tu, cuma aku & mak aku saja ke kebun. Adik aku ada kelas memandu. Alhamdulillah sudah selesai satu ekar tanah dibersihkan. Lepas nie tinggal utk meratakan tanah semula dan tinggal lagi satu ekar utk dibersihkan

.

4 Feb 2011

Aku tidak ke kebun seperti hari cuti yang lain. 4 hari sebelumnya, aku ada dpt sms mengatakan 2 kawan aku semasa di kolej dulu; Liza & Zanna sudah selamat melahirkan anak. Selang masa antara dua kawan aku tu cuma beberapa jam; seorang lahir pada tgh malam & seorang pada awal pagi. Dua² anak lelaki😀

So aku set masa ngan sorang lagi kawan kolej aku utk pergi melawat kedua-dua kawan aku pada hari tu jugak. Seorang duduk di Gombak & seorang duduk di Semenyih.

Disebabkan hari tu hari Jumaat, aku plan utk pegi yg di Gombak dulu, kemudian terus solat jumaat di sana. Lepas solat jumaat, baru bergerak ke Semenyih.

Hampir satu hari masa aku habiskan melawat kedua-dua kawan aku tu. Maklumalah, lama tak jumpa. Ada banyak perkara yang nak disembangkan. Tambahan pula, mereka tak pernah tgk anak aku lagi. Imee pulak jenis peramah, jadi banyak lar perkara yg mereka sembangkan.

Anak Liza:

Anak Zanna:

Percaya atau tidak, aku lupa nak tanyer sapa nama anak mereka hehehe. Sungguh unbelievable :P

.

5 Feb 2011

Sepanjang hari aku berehat di rumah. Cuma keluar sekejap pada sebelah malam utk beli barang² dapur di Carefour Wangsa Maju. Seronok jugak bila dapat rehatkan badan tanpa buat apa²😀

.

6 Feb 2011

Aku ke kebun semula selepas 2 hari tidak ke kebun. Kali nie aku pergi bersama mak aku & 3 org yg mak aku upah utk bersihkan kebun. Mak aku saja upah orang sebab nak clearkan lagi satu ekar tanah.

Aku berada di kebun dari pkl 10pg smpi pkl 5ptg. Tinggal lagi suku ekar nak bersihkan. Mmg cepat upah 3 org nie. Agaknyer mrk dah biasa berkebun. Laju & cekap jer tgk mrk menebas semak samun yg meninggi.

Kalau sebelum nie, aku nak bersihkan suku ekar dah mkn masa 2 hari. Tgk mrk buat sekejap jer.


2 Responses

  1. Zanna dah bersalin! Congrats! Padanlah dah senyap kat FB.

    Nak pergi tengok baby dialah.🙂

    • yup, kiranyer hari nie anak dia dah berumur 7 hari🙂
      Muka ikut muka bapak dia kot. Tak nampak muka zanna hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: