• :: My FaCeBook::

  • :: My Wife :) ::

    My WiFe
  • :: My BabY ::

    My BabY
  • ::My Flickr PhoTosTreaM::

Cicakman??

Dua tahun lepas aku pernah dikejutkan oleh tetamu yang tak diundang yang telah masuk ke bilik aku tanpa kebenaran.

Mmg menakutkan aku bila jumpe menatang nie. (Sebenarnyer lebih kepada geli)

Kalau korang mcmana pulak?

Tgklah sendiri gambar kat bawah dan nilaikan 😉

Bila aku tunjuk gambar nie kat kawan² aku, mrk ckp nie spesis gecko. Aku taktau la pulak spesis apa. yg aku tau, menatang nie adalah seekor cicak yang besar

atau cicak overweight

atau cicak obese

atau cicak tembam…

Untuk pengetahuan korang, gambar nie tidak di-crop sedikit pun.

Dan aku cuma pakai standard zoom lense saja tanpa close-up add on. Bayangkanlah besar mana cicak tu 😦

Selama dua hari cicak nie duduk dalam bilik aku dan takmau keluar walau mcmana aku halau. Mujurlah jiran sebelah rumah aku nie pandai bab² menjerat binatang. Dia berjaya tangkap cicak nie dan kemudian dia bela.

Huh?

Aku sendiri tak percaya. Tapi percayalah, mmg dia bela.

.

.

.

2 tahun dah berlalu

ku taktau apa kisah cicak tu lagi.

Tapi minggu lepas, mak aku jumpe cicak yg dari spesis yg sama masuk dalam periuk nasik!

Mak aku ingat cicak tu dah mati. Tapi baru nak pegang, cicak tu ligat jer lari panjat dinding.

Setakat nie aku belum jumpe lagi cicak yg mak aku katakan. Macamana aku nak tangkap kalau aku jumpe? Atau lebih tepat; sanggupkah aku tangkap dan pegang menatang nie hehehehe

2 Responses

  1. Ni spesis cicak tokek kot. patut ko bela smpai dia besar…pastu jual 20 ribu. hahahahaha

  2. kalo abg tangkap ngan bela cicak tue..jual mahal tau hehe

Leave a reply to fazemy Cancel reply