Gangguan makhluk halus

Pada zaman serba moden nie, ramai yg sudah tidak percaya pada perkara² ghaib. Jika berlaku satu perkara seperti histeria, bayi menangis di tgh malam dan lain², pasti akan ada individu yg berkata:

Ada penjelasan saintifik / logik bagi setiap yg berlaku.

Ya, aku tak nafikan, setiap yg berlaku pasti ada penjelasan saintifik / logik yg boleh menjelaskan ttg kejadian. Tapi ada jugak perkara yg berlaku yang tidak akan dapat dijelaskan baik dari segi saintifik atau dari segi logik akal.

Pengalaman aku?

Tak perlulah diceritakan disini. Cukuplah sekadar aku simpan utk pedoman diri sendiri🙂

Pasti ada yg nak tahu apa tanda² gangguan makhluk halus. Antara tanda² gangguan makhluk halus adalah seperti di bawah:

Tanda-tanda gangguan makhluk halus: sumber dari: Darussyifa’

  • Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.
  • Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.
  • Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.
  • Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.
  • Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.
  • Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.
  • Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.
  • Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi
  • Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil
  • Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan
  • Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.
  • Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal
  • Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.
  • Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama
  • Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk
  • Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.
  • Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.
  • Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.
  • Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.
  • Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.
  • Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.
  • Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.
  • Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain

Kalau ada tanda² seperti di atas. Dinasihatkan supaya korang pergi mendapatkan rawatan di pusat rawatan islam. Jgnlah pergi jumpa bomoh yg tidak diketahui cara rawatan.

Berdasarkan pengalaman aku, digalakkan kalau setiap malam korang play
ayat pendinding Al-Ruqyah:

::click on link to play(right click → open in new tab)::

Ayat pendinding Al-Ruqyah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: