25 Ramadhan 1432H | 25 August 2011

Alhamdulillah, dah 25 hari umat Islam berpuasa🙂

Sekejap jer rasa kan. Pejam celik, dah 25 hari. Maknanyer ada lagi 4 hari jer lagi utk berpuasa pada tahun nie.

Tahun nie agak unik sbb puasa cuma 29 hari & senang nak tau dah brp hari berpuasa, sbb 1 August = 1 Ramadhan. Jadi; 25 August = 25 Ramadhan, yakni 25 hari berpuasa🙂

….

Sedar tak sedar, sudah setahun jugak arwah abah pergi meninggalkan kami. Arwah meninggal 23 August 2010. Juga pada bulan Ramadhan. Al-Fatihah buat abah.

Tahun puasa pun agak special sbb Rosyadah ada sekali. Bersahur & berbuka puasa menjadi sgt mencabar sbb Rosyadah sgt² lasak. Kalau terleka sekejap, mmg terbang lah pinggan atau cawan sbb dicapai & dicampak oleh Rosyadah🙂

Salah satu sbb kenapa raya tahun nie agak special; Imee sudah tempah baju raya sedondon utk dipakai hari raya nanti. Buat pertama kali, aku beli baju melayu selain dari warna hitam.

Tak sabar nak tgk Rosyadah pakai. Mesti comel hehe.

Walaupun masih ada lagi 4 hari sblm raya menjelma, aku nak ucapkan terlebih dahulu kepada semua umat Islam di seluruh dunia; Selamat Hari Raya Aidilfitri🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: