Outstation ke Penang :(

Jumaat lepas aku perlu ke Majlis Perbandaran Penang (MPPP) untuk technology update dan information gathering. Selama aku kerja di sini, ini kali pertama aku kene bekerja luar dari Kuala Lumpur.

Terpaksa bangun seawal 4 pagi untuk bersiap mmg terasa amat berat. Kecuali pada bulan Ramadhan, aku mmg takkan bangun seawal tu.

Dari rumah, aku naik motor ke LCCT. Alhamdulillah, tiada apa² yg berlaku sepanjang perjalanan. Parking motorsikal pun senang nak dicari. Harga parking = RM1 untuk satu hari suntuk.

Kalau sblm nie, nak check-in untuk flight, boleh memakan masa smpi 30 minit. Lebih² lagi kalau airasia. Tapi skrg Check-in semakin mudah. Tak perlu beratur panjang lagi di kaunter. Boleh self check-in menggunakan mobile check-in. Walaupun kali pertama aku guna kaedah mobile check-in, ternyata kaedah nie mmg cepat & user friendly.

Flight cuma memakan masa 20 minit. Aku smpi di Penang tepat pkl 9 pagi. Ikut perancangan asal, sepatutnyer sorang opismate akan jemput aku di Penang. Tapi katanyer tak sempat, sbb jarak rumah dia ke airport akan amik masa selama sejam…takut terlepas waktu meeting. Aku tak kisah sgt, sbb bnyk teksi di airport.

Disebabkan opismate aku tak dpt nak jemput, aku amik keputusan untuk amik teksi dari airport ke Komtar. Rupa-rupanyer dari airport ke Komtar sudah ada fix price; RM40 sehala. So klau pergi balik, RM80. Aku fikir boleh lar pegi saja naik teksi. Balik dari Komtar, mintak tolong opismate aku tu hantarkan ke airport.

Smpi saja di Komtar, aku terus call opismate untuk tanyer dia dimana. Jawapan dia: kereta dia tak boleh start. Dia masih ada di rumah. Betapa sakitnyer hati aku sbb server + OCR scanner semua ada dgn dia. Tapi nak marah pun, bende di luar jangkaan. Nak tak nak, kene jugak naik ke tmpt meeting dgn hanya sekadar membawa sebiji laptop.

Meeting yg dijangkan akan berjalan selama 2 jam, hanya berjalan selama 30 minit disebabkan semua peralatan yg diperlukan tidak ada….

Mujurlah Pengarah Banggunan MPPP merupakan seorang yg peramah & baik hati. Dia bersetuju untuk membuat appointment lain pada minggu depan.

Opismate aku tu pulak, hanya smpi pada pkl 11.30 pagi. Bila ditanya apa jadi dgn kereta dia. Jawapan dia: bateri kong.

Hahahaha, alasan yg mmg aku tak percaya 100%. Kenapa aku tak percaya? jawapan aku senang sgt², kereta dia terlalu baru untuk rosak @ bateri kong. Lagipun dia bukan bawak kereta biasa. Dia bawak kereta honda civic 2011. Klau bawak proton wira mcm aku, kira percaya jugak lar bateri kong. Sbb bateri dah masuk 2tahun. Tapi aku malas nak ckp sgt. Taknak bermasam muka psl bende kecik.

Bila fikir nak balik semula ke airport, aku tanyer opismate aku samada dia boleh hantar aku ke airport atau tidak. Dia kata tak dpt nak hantar, sbb kereta dia di bengkel. Hampa la jugak, sbb kene kuarkan duit lagi untuk byr teksi. Tapi nak buat mcmana kan…..

Sebelum aku nak ke perhentian teksi, aku bercadang nak mkn dulu. jadi aku ke parkson yg bersebelahan dgn Komtar. Tgh jalan kaki ke parkson, aku ternampak sesuatu yg mmg menyakitkan hati aku: aku nampak kereta opismate aku parking elok jer kat tepi parkson.

Dekat kawasan tu ada pondok polis, jadi aku lepak dpn pondok polis. Saja nak tgk rosak ke tidak kereta opismate aku tu. Lebih kurang 5 minit menunggu, aku nampak opismate aku jln ke arah kereta…masuk dlm kereta & memandu pergi dari situ.

Elok jer aku tgk kereta dia. Takde masalah pun. Haish….apa punyer opismate lar……

Aku bukan lar marah psl dia lmbt. Aku marah sbb dia tipu aku bulat². Apa salahnyer terus terang ckp terlajak tido ke (mmg itu yg aku rasa terjadi sebenarnyer). Dari nak tipu aku ckp yg kereta rosak. Mmg aku sakit hati teramat sgt hari tu.

Malas nak fikir sgt psl opismate aku tu. Aku pergi carik kedai mkn di parkson. Terkejut jugak sbb aku tak nampak food court melayu kat situ. Akhirnyer, aku mkn MacDonald jer huhuhu. Teringin nak pekena nasi kandar penang…

Lepas mkn, aku ke perhentian teksi. Tepat pkl 3.30ptg, aku menaiki flight dari Penang ke Kuala Lumpur.

Minggu depan kene pergi lagi ke Penang. Jgn lar opismate aku tu buat hal mcm hari Jumaat lepas…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: