Jatuh Longkang :(

Kejadian nie berlaku 2 bulan lepas. Tghari tadi, semasa aku jalan kaki nak ke kedai mkn, hampir² sekali lagi aku terjatuh dlm longkang. Mujur tak jatuh. Tak sanggup nak duduk jer dlm rumah.

.

2 bulan lepas……….

.

Aku ingat lagi, masa tu aku, imee, mak adik aku yg bongsu dlm perjalanan balik dari kampung. Selepas 3 jam memandu, aku berhenti sebentar di RnR utk makan & minum. Jam waktu tu pukul 8.30 mlm.

Jarak tmpt parking ke kedai mkn tak brp jauh. Ada dlm 50meter. Keadaan masa tu sgt suram. Lampu jalan cuma ada di tmpt parking. Manakala sepanjang jln ke tmpt mkn, takde lampu jalan sehingga lah ke tapak mainan kanak².

Selepas meletak kerata, mak & adik aku jalan dulu ke kedai mkn. Aku & imee menyusur kemudian.

Sambil berjalan, aku & imee bersembang-sembang. Ketika tu, imee mendukung Rosyadah. Sambil berjalan, aku pesan pada imee “Jalan tu hati-hati yer yang. Jalan gelap”

Ngam² lepas aku pesan kat imee, kaki kanan aku terperosok masuk dlm longkang. Sakit masa tu, susah aku nak gambarkan. Yang pasti, mmg tersangat sakit.

Mujur mak & adik aku nampak yg aku terjatuh. Imee cuba menolong, tapi dgn Rosyadah kat sebelah tgn, agak susah imee nak menolong.

Lepas keluarkan kaki dari dalam longkang, aku cuba berdiri. Aku langsung tak boleh berdiri. Nak pijak tanah pun tak boleh. Sakit yg teramat sgt. Jadi, adik aku papah aku dari rmpr aku jatuh, ke meja dalam kawasan kedai mkn.

Elok sampai kat meja, aku pun pitam sebentar sbb menahan sakit yg teramat sgt. Masa tu aku pakai seluar jeans…klau dilihat dari luar, mcm takde apa² yg berlaku. Cuma kotor sedikit di kawasan kaki seluar.

Lebih kurang 5 minit aku pitam. Selepas aku sedar, aku pun menyinsing kaki seluar untuk lihat luka. Hasilnyer….

 

Lepas papah aku, adik aku bergegas ke kereta untuk amik first-aid kit. Mujur juga dalam kereta ada first-aid kit. Boleh jugak guna time² macam nie.

Mujur jugaklah yang adik aku pernah bekerja di sebuah klinik sebelum nie. Jadi ada jugak kemahiran dia membersih luka & membalut bandage kat kaki aku.

Tanpa makan & minum, kami bergerak semula ke kereta. Imee terpaksa memapah aku dari kedai mkn ke kereta. Rosyadah pulak, mak aku yg dukung.

Aku pergi ke Hospital Sungai Buloh utk mendapatkan rawatan susulan. Selepas diperiksa & x-ray, tiada tulang yang patah. Cuma bengkak yg melampau & luka di kaki harus dicuci dan dijahit untuk mengelak jangkitan.

Ajaibnyer, masa cuci & jahit luka, aku tak rasa apa². Tapi ngilu jugak bila nampak lepas cuci luka & nampak berapa dalamnyer luka kau tu. Dalam luka bila masukkan jari, separuh dari jari telunjuk muat.

Lepas luka dijahit, aku pergi semula berjumpa doktor dan mendapat 4 hari MC.

p/s: 4 hari juga aku duduk di rumah. Nak berjalan tak boleh……tapi aku jalan jugak. Smpi imee membebel tgk aku start moto hahahha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: