• :: My FaCeBook::

  • :: My Wife :) ::

    My WiFe
  • :: My BabY ::

    My BabY
  • ::My Flickr PhoTosTreaM::

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4

Pada 18 December 2009, aku & imee selamat diijabkabulkan dan pada hari itu juga, bermula lah perjalanan kami sebagai suami & isteri .

.

.

.

.

18 December 2013, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, hari nie merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 🙂

Dalam tempoh 4 tahun, macam-macam perjalanan dah kami tempuh bersama. Ada suka dan ada duka, kami kongsi bersama.

Peribahasa melayu ada mengatakan “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri“, memang tak dinafikan, kami ada jugak bertengkar berselisih pendapat. Tapi setiap perbalahan, kami akan atasi bersama.

Dalam masa 4 tahun tu juga, kami sudah dikurniakan dengan seorang cahaya mata yang lasak ya amatttt hehehe; Nur Rosyadah Bte Rosmadi Dia lah penyeri rumah tangga kami. In shaa Allah, bulan 5, 2014, kami akan menimang seorang lagi cahaya mata. Cuma bin atau binti masih belum tahu lagi.

Lagi beberapa minggu, akan masuk tahun 2014. Bermakna 18 December 2014, adalah ulang tahun ke-5 pula 🙂 in shaa Allah

Teringin pula nak bawak imee honeymoon. Anak tinggal dengan nenek atau atuk mereka hahaha

This slideshow requires JavaScript.

What would you do?

Ini adalah salah satu episode kegemaran aku dalam siri “What would you do?”. AKu rasa aku patut share video nie kat blog aku 🙂

December 2013

Wahhhhhhh….

Lama sungguh aku tak update blog. Sampai password & username pun dah ingat2 lupa.

Klau lihat tajuk entry kali nie, lagi 3 minggu kita akan memasuki tahun 2014. Pejam celik, pejam celik, dah 2014. Rasa mcm baru smlm sambut new year 2013.

Tahun depan jugak bermakna umur aku akan memasuki angka 30 🙂 alhamdulillah, aku masih dipinjamkan hidup dari Allah. Tahun depan jugak In Shaa Allah, imee akan melahirkan anak kedua. Makin bertambah ahli keluarga aku.

Rosyadah pun sudah 3 tahun umur dia. Dah semakin bijak & lasak. Letih melayan kerenah dia. Tapi lasak2 Rosyadah, dia lah penyeri rumah aku 🙂

Oklah, aku dah takde idea nak membebel apa kat sini.

Mudah-mudahan tahun 2014, aku akan aktif semula ber-blog