Bukit Tabur, Taman Melawati

Bukit Tabur…

Bila aku bgtau yang rumah aku betul2 di kaki Bukit Tabur, mesti majoriti susah nak percaya. Tapi mmg benar, rumah aku betul2 di kaki Bukit Tabur.

Selasa yang lepas (25 December 2013), aku pergi memanjat Bukit Tabur (East) buat kali ketiga. Kali nie, beberapa rakan opis aku ikut sekali.

Sedikit info tentang Bukit Tabur:

Bukit Tabur terbahagi kepada dua: Bukit Tabur East & Bukit Tabur West.

Negeri
Selangor
Lokasi
Taman Melawati (Landmark: Zoo Negara)
GPS Coordinate
3.233547,101.750988 (Bukit Tabur East)
Ketinggian
1000m dari paras laut
Jenis Bukit
Quarzt/Limestone

Majoriti yang mengikuti aku hari tu adalah first-timer. Masing2 nampak gembira untuk mendaki.

Kami mula memanjat sekitar pukul 7.45pagi. kalau ikutkan pada rancangan asal, kami sepatutnya akan mula memanjat pada pukul 6.30pagi untuk melihat matahari terbit di Puncak Bukit Tabur. Walaupun tak mengikut rancangan, Alhamdulillah semuanya ok.

Selepas hampir dua jam mendaki, kami selamat sampai di puncak tepat pukul 9.40pagi. Untuk pengetahuan, Bukit Tabur East ada tujuh (7) checkpoint semuanya. Dimana checkpoint 1,2,3 & 7 adalah paling mencabar.

Selepas bersarapan sebentar di puncak Bukit Tabur, kami sambung semula perjalanan menuruni bukit. Perjalanan turun hanya memakan masa 45 minit. Jika nak dibandingkan antara mendaki & menuruni, aku akan kata menuruni bukit adalah lebih bahaya. Perlu berhati-hati, sentiasa peka dengan tempat yang ingin dipijak. Takut tersalah pijak kedalam lubang, atau terpijak akar kayu dan mungkin tergelincir. Aku sendiri pernah terseliuh kaki semasa sudah separuh jalan turun. Akibatnya, perjalanan 45 minit, jadi 2 jam.

Keseluruhan, aktiviti kali nie sangat memuaskan. Insyallah, aku akan naik sekali lagi pada bulan Januari 2013. Saja nak naikkan stamina, sebab 2 Febuari 2013, kami akan membuat aktiviti jungle-trekking ke Air Terjun Chilling, Kuala Kubu Bharu 🙂

 

This slideshow requires JavaScript.

Taman Burung Kuala Lumpur 2012

Sabtu yang lepas, aku bawa wife & anak aku ke Taman Burung Kuala Lumpur.

Kalau nak ikutkan, ini merupakan kali ketiga aku ke sini. Tapi untuk wife & anak aku, ini adalah kali pertama mereka.

Harga tiket untuk 2012 mmg sudah naik berbanding harga tiket tahun-tahun lepas.

Bawah nie adalah harga tiket yang terkini **mungkin akan berubah lagi T_T

***********************************************************************
Harga Tiket: (Bukan Cuti Sekolah)
– ►RM25 – Pemegang MyCard (dewasa)
– ►RM12 – Kanak² bawah umur 12 tahun
– ►RM45 – Warga Asing

Harga Tiket: (Musim Cuti Sekolah)
– ►RM30 – Pemegang MyCard
– ►RM15 – Kanak² bawah umur 12 tahun
– ►RM50 – Warga Asing
***********************************************************************

Bagi aku, harga Rm25 tu agak tinggi untuk dikenakan kepada warga tempatan. Mungkin boleh dikurangkan kepada RM20 sahaja, di mana bagi aku, adalah lebih berbaloi.

Bila harga tiket mahal, orang tempatan jadi takut nak kesana. Takkan nak harapkan tourist saja yang datang.

Mungkin management Taman Burung ada sebab tersendiri kenapa harga tiket dinaikkan. Apa2pun, aku harap, harga tiket tak mencecah RM30 di tahun yang akan datang…

This slideshow requires JavaScript.

Taman Rama² Kuala Lumpur || KL butterfly Park

Selasa lepas aku & dua orang kawan aku ke Taman Rama² Kuala Lumpur. Lama betul aku tak outing. Kebetulan pulak selasa lepas cuti awal muharam 🙂

Harga tiket yg dipaparkan pada pintu masuk mmg berbeza. Tapi jgn terkejut, harga tiket tu sebenarnya untuk pelancong dari luar negara. Untuk warganegara, harga lain pula.

***********************************************************************

Harga Tiket:

– ►RM8.00 – Warganegara (dewasa)

– ►RM4.00 – Warganegara (kanak²)

– ►RM18 – Bukan Warganegara

**Tambahan RM1 dikenakan jika membawa kamera

***********************************************************************

Harga tiket yg ditawarkan  boleh dikatakan agak berbaloi. Kawasan taman yg luas tetapi agak lembab (maybe rama² suka keadaan lembab kot).

Walaupun ini merupakan taman rama², terdapat juga serangga lain seperti pelbagai jenis kura², katak besar, kumbang dan lain².

Taman Rama² nie juga terletak di dalam kawasan Taman Tasik Perdana. Jadi bg org KL, mmg tak susah nak cari jalan ke sana.

This slideshow requires JavaScript.

Bulan 23 May 2010

Mlm semalam aku amik gambo bulan nie. Lama tak amik gambo bulan 🙂

Sepetang bersama wife aku di Titiwangsa

Ptg tadi aku singgah ke Taman Tasik Titiwangsa. Saja jalan² ngan wife aku :D. Lama rasanyer aku tak jalan² kat sana ngan wife aku sejak dia pregnant.

Sambil jalan² tu, aku amik gambo candid bebudak kecik kat sana sekeping dua 😀 comel lak tgk bebudak kecik main lari², main bola, main beskal 🙂 kelakar jugak tgk gelagat mak bapak terkejar-kejar anak mrk yg lari sana-sini hehe. Tah mcmana lar aku ngan wife aku nanti ahaks 😀

Aku lepak kat sana smpi lebih kurang pukul 7.30ptg. Lepas maghrib, aku gerak balik…


This slideshow requires JavaScript.

Latest close-up

Bila mak & abah aku ajak aku ke kebun, mesti aku bawak gak kamera aku kesana. Kat sana mmg best klau nak wat close-up psl bnyk giler serangga yg menarik utk di close-up kan 😀

Wat masa nie, aku masih lagi pakai DIY close-up aku tu. Blm ada cadangan nak beli close-up lense yg manufactured by Canon. Maybe sbb harga agak mahal. Lebih kurang dlm RM300-RM400++.

well, enjoy the slide show 😀

Mcm biasa, for more picture, just go to www.flickr.com/adi84

This slideshow requires JavaScript.

Close-up photography

Smlm aku ke kebun aku di Sungai Buloh. Teman mak aku berkebun. Sambil² tu aku amik gambo serangga di sana 😀

Bnyk gak gambo yg aku amik..tapi boley tak perasan yg close-up lense aku berhabuk. Hasilnyer: gambar yg penuh ngan tanda² hitam

More picture? Go to my flickr 😀 <<www.flickr.com/adi84>>