Bukit Tabur, Taman Melawati

Bukit Tabur…

Bila aku bgtau yang rumah aku betul2 di kaki Bukit Tabur, mesti majoriti susah nak percaya. Tapi mmg benar, rumah aku betul2 di kaki Bukit Tabur.

Selasa yang lepas (25 December 2013), aku pergi memanjat Bukit Tabur (East) buat kali ketiga. Kali nie, beberapa rakan opis aku ikut sekali.

Sedikit info tentang Bukit Tabur:

Bukit Tabur terbahagi kepada dua: Bukit Tabur East & Bukit Tabur West.

Negeri
Selangor
Lokasi
Taman Melawati (Landmark: Zoo Negara)
GPS Coordinate
3.233547,101.750988 (Bukit Tabur East)
Ketinggian
1000m dari paras laut
Jenis Bukit
Quarzt/Limestone

Majoriti yang mengikuti aku hari tu adalah first-timer. Masing2 nampak gembira untuk mendaki.

Kami mula memanjat sekitar pukul 7.45pagi. kalau ikutkan pada rancangan asal, kami sepatutnya akan mula memanjat pada pukul 6.30pagi untuk melihat matahari terbit di Puncak Bukit Tabur. Walaupun tak mengikut rancangan, Alhamdulillah semuanya ok.

Selepas hampir dua jam mendaki, kami selamat sampai di puncak tepat pukul 9.40pagi. Untuk pengetahuan, Bukit Tabur East ada tujuh (7) checkpoint semuanya. Dimana checkpoint 1,2,3 & 7 adalah paling mencabar.

Selepas bersarapan sebentar di puncak Bukit Tabur, kami sambung semula perjalanan menuruni bukit. Perjalanan turun hanya memakan masa 45 minit. Jika nak dibandingkan antara mendaki & menuruni, aku akan kata menuruni bukit adalah lebih bahaya. Perlu berhati-hati, sentiasa peka dengan tempat yang ingin dipijak. Takut tersalah pijak kedalam lubang, atau terpijak akar kayu dan mungkin tergelincir. Aku sendiri pernah terseliuh kaki semasa sudah separuh jalan turun. Akibatnya, perjalanan 45 minit, jadi 2 jam.

Keseluruhan, aktiviti kali nie sangat memuaskan. Insyallah, aku akan naik sekali lagi pada bulan Januari 2013. Saja nak naikkan stamina, sebab 2 Febuari 2013, kami akan membuat aktiviti jungle-trekking ke Air Terjun Chilling, Kuala Kubu Bharu 🙂

 

This slideshow requires JavaScript.

Home sweet home :D

Aku bgn lmbt lak hari nie. Dlm pkl 11pg baru aku bgn hehe. Lepas jer sarapan, aku lepak sekejap kat luar rumah utk amik udara segar 😀

Aku tinggal dlm sebuah kawasan kampung di Taman Melawati. Tak ramai yg tau di Taman Melawati nie ada kampung sbb kebanyakkan rumah kat sini adalah rumah teres & apartment. Boley dikatakan kawasan rumah aku nie adalah ‘the hidden village’ hahhahaha 😀

Tak bnyk tmpt menarik di Taman Melawati nie selain dari Zoo Negara, Bukit Tabur & Sungai Kemensah.

Di bawah nie adalah gambar yg aku amik di kawasan rumah aku 😀