• :: My FaCeBook::

  • :: My Wife :) ::

    My WiFe
  • :: My BabY ::

    My BabY
  • ::My Flickr PhoTosTreaM::

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4

Pada 18 December 2009, aku & imee selamat diijabkabulkan dan pada hari itu juga, bermula lah perjalanan kami sebagai suami & isteri .

.

.

.

.

18 December 2013, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, hari nie merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 🙂

Dalam tempoh 4 tahun, macam-macam perjalanan dah kami tempuh bersama. Ada suka dan ada duka, kami kongsi bersama.

Peribahasa melayu ada mengatakan “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri“, memang tak dinafikan, kami ada jugak bertengkar berselisih pendapat. Tapi setiap perbalahan, kami akan atasi bersama.

Dalam masa 4 tahun tu juga, kami sudah dikurniakan dengan seorang cahaya mata yang lasak ya amatttt hehehe; Nur Rosyadah Bte Rosmadi Dia lah penyeri rumah tangga kami. In shaa Allah, bulan 5, 2014, kami akan menimang seorang lagi cahaya mata. Cuma bin atau binti masih belum tahu lagi.

Lagi beberapa minggu, akan masuk tahun 2014. Bermakna 18 December 2014, adalah ulang tahun ke-5 pula 🙂 in shaa Allah

Teringin pula nak bawak imee honeymoon. Anak tinggal dengan nenek atau atuk mereka hahaha

This slideshow requires JavaScript.

What would you do?

Ini adalah salah satu episode kegemaran aku dalam siri “What would you do?”. AKu rasa aku patut share video nie kat blog aku 🙂

December 2013

Wahhhhhhh….

Lama sungguh aku tak update blog. Sampai password & username pun dah ingat2 lupa.

Klau lihat tajuk entry kali nie, lagi 3 minggu kita akan memasuki tahun 2014. Pejam celik, pejam celik, dah 2014. Rasa mcm baru smlm sambut new year 2013.

Tahun depan jugak bermakna umur aku akan memasuki angka 30 🙂 alhamdulillah, aku masih dipinjamkan hidup dari Allah. Tahun depan jugak In Shaa Allah, imee akan melahirkan anak kedua. Makin bertambah ahli keluarga aku.

Rosyadah pun sudah 3 tahun umur dia. Dah semakin bijak & lasak. Letih melayan kerenah dia. Tapi lasak2 Rosyadah, dia lah penyeri rumah aku 🙂

Oklah, aku dah takde idea nak membebel apa kat sini.

Mudah-mudahan tahun 2014, aku akan aktif semula ber-blog

 

Bukit Tabur, Taman Melawati

Bukit Tabur…

Bila aku bgtau yang rumah aku betul2 di kaki Bukit Tabur, mesti majoriti susah nak percaya. Tapi mmg benar, rumah aku betul2 di kaki Bukit Tabur.

Selasa yang lepas (25 December 2013), aku pergi memanjat Bukit Tabur (East) buat kali ketiga. Kali nie, beberapa rakan opis aku ikut sekali.

Sedikit info tentang Bukit Tabur:

Bukit Tabur terbahagi kepada dua: Bukit Tabur East & Bukit Tabur West.

Negeri
Selangor
Lokasi
Taman Melawati (Landmark: Zoo Negara)
GPS Coordinate
3.233547,101.750988 (Bukit Tabur East)
Ketinggian
1000m dari paras laut
Jenis Bukit
Quarzt/Limestone

Majoriti yang mengikuti aku hari tu adalah first-timer. Masing2 nampak gembira untuk mendaki.

Kami mula memanjat sekitar pukul 7.45pagi. kalau ikutkan pada rancangan asal, kami sepatutnya akan mula memanjat pada pukul 6.30pagi untuk melihat matahari terbit di Puncak Bukit Tabur. Walaupun tak mengikut rancangan, Alhamdulillah semuanya ok.

Selepas hampir dua jam mendaki, kami selamat sampai di puncak tepat pukul 9.40pagi. Untuk pengetahuan, Bukit Tabur East ada tujuh (7) checkpoint semuanya. Dimana checkpoint 1,2,3 & 7 adalah paling mencabar.

Selepas bersarapan sebentar di puncak Bukit Tabur, kami sambung semula perjalanan menuruni bukit. Perjalanan turun hanya memakan masa 45 minit. Jika nak dibandingkan antara mendaki & menuruni, aku akan kata menuruni bukit adalah lebih bahaya. Perlu berhati-hati, sentiasa peka dengan tempat yang ingin dipijak. Takut tersalah pijak kedalam lubang, atau terpijak akar kayu dan mungkin tergelincir. Aku sendiri pernah terseliuh kaki semasa sudah separuh jalan turun. Akibatnya, perjalanan 45 minit, jadi 2 jam.

Keseluruhan, aktiviti kali nie sangat memuaskan. Insyallah, aku akan naik sekali lagi pada bulan Januari 2013. Saja nak naikkan stamina, sebab 2 Febuari 2013, kami akan membuat aktiviti jungle-trekking ke Air Terjun Chilling, Kuala Kubu Bharu 🙂

 

This slideshow requires JavaScript.

Happy birthday!!!

5 september yang lepas, merupakan birthday Rosyadah yang ke-2.

Tak sangka…sekejap jer rasa masa berlalu. Dah dua tahun Rosyadah skrg. Smpi skrg aku masih teringat saat Rosyadah baru dilahirkan. Satu feeling yang sukar aku nak gambarkan (^_^)

Bersempena birthday Rosyadah, mak aku buat majlis makan2 yang simple saja. Cuma jiran2 terdekat & sedara-mara aku yang dijemput.

Kebetulan pula, birthday anak kpd sepupu aku, cumie, cuma beza 2 minggu. Jadi, mak aku buat sekali sambutan birthday utk Rosyadah & Afiq.

This slideshow requires JavaScript.

Taman Burung Kuala Lumpur 2012

Sabtu yang lepas, aku bawa wife & anak aku ke Taman Burung Kuala Lumpur.

Kalau nak ikutkan, ini merupakan kali ketiga aku ke sini. Tapi untuk wife & anak aku, ini adalah kali pertama mereka.

Harga tiket untuk 2012 mmg sudah naik berbanding harga tiket tahun-tahun lepas.

Bawah nie adalah harga tiket yang terkini **mungkin akan berubah lagi T_T

***********************************************************************
Harga Tiket: (Bukan Cuti Sekolah)
– ►RM25 – Pemegang MyCard (dewasa)
– ►RM12 – Kanak² bawah umur 12 tahun
– ►RM45 – Warga Asing

Harga Tiket: (Musim Cuti Sekolah)
– ►RM30 – Pemegang MyCard
– ►RM15 – Kanak² bawah umur 12 tahun
– ►RM50 – Warga Asing
***********************************************************************

Bagi aku, harga Rm25 tu agak tinggi untuk dikenakan kepada warga tempatan. Mungkin boleh dikurangkan kepada RM20 sahaja, di mana bagi aku, adalah lebih berbaloi.

Bila harga tiket mahal, orang tempatan jadi takut nak kesana. Takkan nak harapkan tourist saja yang datang.

Mungkin management Taman Burung ada sebab tersendiri kenapa harga tiket dinaikkan. Apa2pun, aku harap, harga tiket tak mencecah RM30 di tahun yang akan datang…

This slideshow requires JavaScript.

mengidam

Dua tiga menjak nie, keinginan aku utk memiliki superbike tiba2 memuncak.

Klau ikutkan hati, mmg aku dah order sebijik. Tapi fikirkan rosyadah masih kecil & wife aku masih blajar…aku tangguhkan dulu niat hati.

Pertama complex dah jadi mcm tmpt aku ber-window shopping. Melihat jaket, riding boot, helmet fullface etc.

Hahaha, saja jer aku meluahkan perasaan kat blog. Haiihh~~ sabar adi…sabar